Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, 60, akui penyertaan Aishah menjadi sebab dia menerima tawaran sebagai juri tetap Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bermula malam tadi.
Penyanyi lagu Berdiri Bulu Romaku itu berkata, ketika menjadi juri sebuah program nyanyian di Indonesia, seorang peserta menyanyikan lagu popular Aishah, Janji Manismu membuatkan dia menangis.
Hetty Koes Endang Setuju Jadi Juri Gegar Vaganza 4 Kerana Aishah
Lantas dia terfikir di manakah Aishah menghilangkan diri selepas kali pertama mengenalinya sekitar 1990-an.
“Ketika saya menerima tawaran menjadi juri GV4, perkara pertama saya tanya adalah siapakah pesertanya?” katanya.
Selepas melihat senarai peserta bertanding dan nama penyanyi itu turut tersenarai, dia terus bersetuju.
Malah dia sanggup menolak tawaran menjadi juri pertandingan nyanyian D’Asia yang sedang berlangsung di negaranya atas sebab sama.
Pada konsert pertama yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Aishah yang menyanyikan lagu ‘berhantunya’ itu berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 96 peratus diikuti penyanyi asal Indonesia, Firman Siagian sebanyak 91 peratus dan Hazami pula 90 peratus.
Sumber dari Harian Metro
Foto dari Astro