Walaupun bertembung tarikh dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, kumpulan Search akan tetap mengadakan Konsert Fantasia Bulan Salju di Arena Of Stars, Genting Highlands pada tarikh yang sama.
Nasir Daud, pemain bass kumpulan tersebut, sependapat dengan penganjur konsert bahawa lokasi konsert tidak tersenarai dalam PRN dan waktu pengundian yang singkat akan membolehkan pengunjung hadir ke konsert tanpa banyak halangan.
“Kami sudah buat banyak pertimbangan. Lokasi konsert juga tidak terlibat dalam senarai negeri yang terbabit dalam PRN memandangkan Genting terletak di Pahang yang tidak terlibat dengan PRN.
– Nasir Daud
“Kami tidak boleh tangguh kerana semua pembeli mungkin sudah menempah tiket penerbangan, mahu pun tempat penginapan untuk melancong sambil menonton persembahan mega ini.
– Nasir Daud
“Kami juga tahu, sekitar tengah hari semua sudah siap mengundi dan nak naik ke pusat peranginan ini pun hanya satu jam,â€
Meskipun jatuh pada tarikh sama dengan PRN, tiket Konsert Fantasia Bulan Salju kini sudah terjual sehingga 60 peratus dan dianggarkan bakal habis dibeli dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIC Entertainment, Brian Lim selaku penganjur berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya ada peminat yang ingin mendapatkan bayaran balik tiket untuk pulang mengundi.
“Semestinya kami menghormati keputusan peminat dan ada kemungkinan mereka tidak berkesempatan untuk ke konsert nanti.
“Kami cuba yang sebaiknya untuk konsert ini. Jika mereka ingin bayaran balik, mereka boleh lakukan demikian,†kata Brian dalam sidang akhbar Konsert Fantasia Bulan Salju di ibu negala, semalam.
Search yang dianggotai Amy, Hillary Ang, Nasir dan Man Kidal sebenarnya menjadi kumpulan rock Melayu pertama tanah air yang menjayakan konsert di lokasi berprestij Arena of Stars, Resorts World Genting
Search akan menyajikan lebih 20 lagu khas buat penonton yang turut menampilkan bakat muda iaitu pemain dram, Naimi dalam sebuah segmen istimewa.
Tiket sudah mula dijual pada 16 Mei 2023 bermula dari RM128 sehinggalah RM388 (VIP Fantasia).