Tarikh konsert semakin hampir dan SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal yakin bahawa KONSERT ENDEMIK akan menjadi penanda aras bagi penganjuran konsert rock di fasa endemik.
Bakal diadakan pada 4 dan 5 Jun 2022, kumpulan rock nombor satu di Malaysia tersebut telah memilih Zepp Kuala Lumpur – sebuah dewan konsert bertaraf antarabangsa yang baru sahaja dibina sebagai venue acara.
Search Bersedia Untuk Beraksi Di Zepp KL Dalam Siri Konsert Endemik
Amy sebagai vokalis utama SEARCH menegaskan, “KONSERT ENDEMIK yang bakal berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 ini akan meletakkan tanda aras bagi konsert rock di fasa endemik. Namanya juga merujuk kepada situasi global masa kini dan apa yang dilalui oleh seluruh penduduk dunia.
Terdapat beberapa faktor mengapa KONSERT ENDEMIK adalah konsert yang wajib dihadiri oleh kesemua peminat muzik tanahair terutama genre rock n roll. Faktor utama adalah SEARCH merupakan band yang pertama dipilih untuk membuat persembahan solo di Zepp KL.
Selain itu, SEARCH juga akan mempersembahkan dua buah lagu baru iaitu ENDEMIK I dan ENDEMIK II termasuk lagu-lagu berhantu kami yang telah menjadi siulan peminat sejak SEARCH melancarkan album pertamanya.
Dari segi teknikal, kami telah menjemput pakar-pakar tempatan dan antarabangsa seperti Akira Yamauchi – seorang jurutera bunyi yang dikenali ramai, untuk memastikan kualiti KONSERT ENDEMIK di tahap yang tertinggi.
Akhir sekali, konsert ini juga bakal mendapat sentuhan Genervie dan Arthur Kam, yang merupakan di antara sessionist terbaik di Malaysia. Pasangan adik beradik ini sememangnya menjadi buruan artis dari seluruh dunia atas kemahiran mereka di dalam bidang permainan dan arahan muzik. Jika anda telahpun membeli tiket KONSERT ENDEMIK, bersedialah untuk konsert yang amat gempak!”
KONSERT ENDEMIK adalah hasil gabungan pengalaman setiap ahlinya yang telah memulakan karier muzik mereka sejak dari tahun 80-an lagi. Ianya dirancang khas bagi kesemua peminat SEARCH di Malaysia dan rantau Asia. Zepp KL adalah pilihan yang tepat sebagai lokasi konsert berdasarkan kepada statusnya sebagai dewan konsert berfasiliti tahap antarabangsa.
Zepp Hall Network Inc. ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai sebelas dewan konsert di serata dunia termasuk sembilan di Jepun, satu di Taipei dan yang terbaru di Kuala Lumpur.
Menurut pemain bass SEARCH yang juga amat besar namanya di persada seni negara, Nasir Daud, “Zepp adalah sebuah jenama global dan SEARCH sebagai sebuah band yang amat dikenali di rantau Asia, padanan ini saya rasa amat tepat. Venue ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan paling terbaru dari pelbagai segi seperti audio dan sistem pencahayaan, susun atur bercirikan stadium yang unik kepada Zepp global, tempat hiburan dan istirehat khas buat VIP, kemudahan untuk penonton kurang upaya dan macam-macam lagi. Kesemuanya ini bakal menyumbang kepada keselamatan dan keselesaan penonton; dan elemen tambahan bagi sebuah konsert bertaraf dunia yang bakal melakar sejarah terutamanya di dalam scene rock n roll negara. Latihan studio SEARCH bagi KONSERT ENDEMIK sangatintense. Kami bukan sahaja terlibat dari segi muzik malah juga aspek visual bagi konsert ini. Jumpa anda semua pada 4 dan 5 Jun 2022 di Zepp KL!”
Tiket KONSERT ENDEMIK semakin habis dijual. Dapatkan sekarang sebelum ketinggalan. Untuk maklumat lanjut, sila layari lolasia.bigtix.io
#SEARCHENDEMIK #SEARCHLIVEATZEPPKL #SEARCH