in ,

Ada Sebab Sean Ghazi Pentaskan GELORA – THE TARAKUCHA BIG BAND EXTRAVAGANZA!

Baru sahaja melancarkan lagu single dan video terkininya, ‘Gelora’, Sean Ghazi mengumumkan pula kemunculan dengan ‘GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ yang akan dipentaskan di The Gardens Theatre pada 6, 7 dan 8 September 2017 sebagai sebahagian daripada aturcara The Kuala Lumpur International Festival of the Arts atau DiverseCity 2017.

Pelancaran lagu single dan video muzik ‘Gelora’ telah pun meraih lebih 80,000 tontonan dalam masa satu minggu sahaja, menjadi tabir menjelang ‘GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ – pementasan besar Sean yang pertama semenjak konsert amalnya ‘Wonderful Tonight’ dua tahun lalu.

Gelora_TKC Poster

Ada Sebab Sean Ghazi Pentaskan GELORA – THE TARAKUCHA BIG BAND EXTRAVAGANZA!

‘GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ mengetengahkan TARAKUCHA! – sebuah big band yang ideanya dicetuskan sendiri oleh Sean, dan meraikan khazanah muzik Malaysia termasuk karya seniman unggul tanah air seperti P. Ramlee, Sudirman dan Jimmy Boyle. TARAKUCHA! mempersembahkan lagu klasik dengan humor, penuh bertenaga dan dalam kelas tersendiri sambil turut mengambil inspirasi muzik global, malah juga membawakan lagu ciptaan original dalam gaya riang dan retro.

Sean sendiri akan mengambil teraju vokal utama bersama Ida Mariana, manakala TARAKUCHA! dianggotai 10 pemuzik hebat tempatan pimpinan pengarah muzik, Nish Tham serta menampilkan ‘The Kuchettes’ yang dibarisi Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline & Sabrina Hassan.

Sean berharap pencinta seni muzik dan budaya datang menyaksikan ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ dan turut menyokong aspirasi beliau bagi memastikan agar khazanah muzik negara terus hidup dan seterusnya dikongsi dengan khalayak yang lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Pada pendapat saya, ada antara karya klasik kita yang seharusnya menjadi sebahagian daripada repertoir antarabangsa – dan jika saya dapat memainkan peranan untuk menempatkan lagu klasik P. Ramlee sebaris dengan lagu-lagu seperti ‘My Way’, ‘Sway’ dan ‘Unforgettable’, ia akan mengangkat legasi muzik kita di persada dunia.”

“Apa yang penonton bakal saksikan nanti merupakan hasil perancangan selama satu setengah tahun, yang melibatkan eksperimentasi dengan pelbagai gaya persembahan muzik,” ujar Sean.

SEAN GHAZI PENTASKAN ‘GELORA – THE TARAKUCHA BIG BAND EXTRAVAGANZA!’ DI THE GARDENS THEATRE PADA 6, 7 DAN 8 SEPTEMBER 2017

Tiket ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ berharga RM170 / RM125 / RM100 / RM70 boleh didapati di www.tix.my

GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!

Tarikh: 6, 7 & 8 September 2017
Masa: 8.30pm
Tempat: The Gardens Theatre, Mid Valley City Tiket: www.tix.my
RM170 / RM125 / RM100 / RM70

Untuk maklumat lanjut :

www.tarakuchacha.com
FB: @tarakuchaband IG: @tarakuchaband #GELORAsingle #tarakuchaband

Tentang TARAKUCHA!

TARAKUCHA! juga digelar The Terrer-Menerrer Big Band dengan sentuhan vintaj Malaysia. Ia merupakan cetusan idea penyanyi dan pelakon Sean Ghazi, yang juga teraju vokal utama bersama penyanyi Kebaya Jazz, Ida Mariana. Tarakucha! mengetengahkan kugiran yang dianggotai 10 orang pemuzik pimpinan pengarah muzik, Nish Tham, serta menampilkan The Kuchettes – Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline dan Sabrina Hassan.

Repertoir TARAKUCHA! meraikan khazanah muzik Malaysia dengan karya komposer, artis serta penulis lagu unggul tanah air antaranya P. Ramlee, Sudirman, dan Jimmy Boyle sambil mengambil inspirasi muzik global dan membawakan lagu ciptaan baharu dalam stail retro yang serupa. ‘TARAKUCHA!’ melangkau bahasa serta genre muzik jazz, latin dan klasik moden yang dipersembahkan dengan humor, budaya serta teater. Dipentaskan penuh gaya, ia menonjolkan kembali lagu nyanyian zaman kanak-kanak sehinggalah pilihan lagu kontemporari antarabangsa dengan seni kata Bahasa Malaysia, serta lagu klasik lama yang diberi nafas baru.

Tentang Sean Ghazi

Pelakon dan penyanyi kelahiran Malaysia Sean Ghazi pernah bekerja di serata Eropah, Asia Tenggara dan terkini di Amerika Syarikat di arena pentas, layar perak serta muzik, dalam pelbagai bahasa. Setelah kemunculan buat kali pertama di pentas London West End pada usia 22 tahun, Sean telah mengadakan persembahan di serata Jerman dalam pementasan muzikal seperti Miss Saigon, RENT dan The King & I.

Di Malaysia, Sean pernah menerima Anugerah Seni Cameronian untuk pertunjukan I HAVE DREAMED – AN EVENING WITH SEAN GHAZI, dan Anugerah Industri Muzik untuk album pertamanya SEAN GHAZI ‘SEMALAM’. Beliau juga pernah terlibat dengan penerbitan teater utama Malaysia.

Sean mewakili Malaysia di pelbagai acara di tanah air mahupun luar negara; World Economic Forum di Davos; MIPCOM Festival di Cannes; dan ASEAN Summit 2015 di Kuala Lumpur di hadapan Presiden Barack Obama serta pemimpin negara lain. Pada 2016, Sean telah dijemput membuat persembahan di majlis penutup World Humanitarian Summit di Istanbul, sebelum ke Jerman untuk beberapa persembahan gala UNICEF.

Sean telah membuat persembahan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra, The Seattle Symphony, Pacific Symphony di Orange County, California, The Penang Philharmonic dan The Cadaques Orchestra dari Barcelona. Bersama kumpulan retro pop Pink Martini dari Portland, beliau juga telah membuat persembahan di Hollywood Bowl, Los Angeles dan The Esplanade di Singapura. Baru-baru ini, Sean telah muncul memainkan watak George dalam penerbitan La Cage Aux Folles untuk W!LD RICE Productions, Singapura.

Tentang Baby Grand Productions Sdn Bhd

Ditubuhkan pada 2003 oleh Penerbit Eksekutif Deborah Michael dan Pengarah Artistik Sean Ghazi, Baby Grand Productions telah menerbitkan muzik serta acara muzik yang pernah meraih anugerah. Ia juga pernah membawa beberapa artis ke peringkat serantau termasuklah bakat tempatan seperti Deanna Yusoff, Izlyn Ramli, Ida Mariana, Hady Afro serta artis antarabangsa seperti penyanyi soprano West End, Stephanie Reese. Baby Grand juga merupakan tulang belakang di sebalik pengendalian aspek artistik lokasi muzik terkenal Bobo KL.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kini Penumpang Pesawat Firefly Dapat Menikmati MAKCIK KARIPAP

Video Muzik Taylor Swift – LOOK WHAT YOU MADE ME DO Trending di Youtube Malaysia