SIAPA PILIHAN DIDDY??
TARIKH SIARAN : 29 OGOS 2010
HARI SIARAN: AHAD
WAKTU SIARAN: 10.00 PM
GENRE: REALITI TELEVISYEN
TEMPOH: 1 JAM
EPISOD: 10
BAHASA: INGGERIS
Dia bukan sahaja seorang rapper tetapi juga pelakon, penerbit, serta pereka fesyen. Bergelar sebagai Juara Grammy Award sebanyak tiga kali, Sean “Diddy†Combs kali ini mencari bakat dan bintang baru dalam “MAKING HIS BANDâ€. Diddy dan rakan industrinya berkerjasama untuk menubuhkan kumpulan pelapis bagi mengiringi beliau untuk sesi jelajah “Last Train To Parisâ€.
Dalam “MAKING HIS BANDâ€, Diddy menjelajah untuk mencari penyanyi, pemain dram, pemain guitar, dan pemain keyboard yang berbakat untuk menyertainya di atas pentas sebagai suara latar dan pemain muzik dalam konsert jelajahnya “Last Train To Parisâ€.
Saksikan segala gelagat dan hiburan dalam proses pencarian peserta dalam ujibakat yang sukar dan penuh drama ini yang bakal melahirkan bakat-bakat baru dan menjadikan kumpulan ini sebagai kumpulan pelapis Bad Boy.
Dalam pemilihan ini, Diddy dibantu oleh koreografer terkenal Laurie Ann Gibson, penerbit dan penulis lirik Om’Mas Keith, pencipta lagu Rob Lewis, pengarah muzik Nisan Stewart, dan bekas guru vokal kepada Michael Jackson, Romeo.
Ia kelihatan mudah, tapi jangan terpedaya! Peserta yang berjaya dalam pusingan do-or-die perlu berdepan dengan komen para juri yang pedas, tugas yang tiada kesudahan dan kritikan untuk membuktikan yang mereka mempunyai bakat, dan cita-cita untuk berjaya. Ini adalah kerana segala tangisan, drama dan tekanan setiap peserta akan mendorong mereka mencapai impian dan berkongsi pentas bersama peneraju hip-hop yang terkenal.
Saksikan 10 episod bersama Diddy dan panel juri mencari bakat baru dan memberi mereka peluang untuk memburu impian dalam “MAKING HIS BANDâ€. Saksikan bagaimana Diddy menghangatkan rancangan ini secara eksklusif di 8TV.
“Ini merupakan satu realiti TV yang baru – ahli muzik muda dengan bakat semulajadi, penari jalanan, setiap peserta menonjolkan skil unik masing-masing untuk mencapai peluang sekali seumur hidup!†ulas Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah Kim, “semua ahli keluarga boleh terhibur dangan menonton rancangan ini!â€
“MAKING HIS BAND†akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV, bermula pada hari Ahad, 29 Ogos 2010 jam 10.00 malam. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.