LEGOLAND® Malaysia Resort hari ini meraikan operasi minggu kedua SEA LIFE Malaysia, akuarium bertema LEGO® interaktif pertama di negara ini yang terdiri daripada 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dari 11 zon habitat yang berlainan. Akuarium dua tingkat yang sangat ditunggu-tunggu ini adalah tarikan terbaru di resort ini.
“Kami sangat gembira dengan sambutan yang luar biasa yang kami terima selepas melancarkan tarikan baharu ini.
Akuarium interaktif di SEA LIFE Malaysia menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang menggabungkan pendidikan dan pemuliharaan.
Dengan gabungan pendekatan imaginasi melalui LEGO®, SEA LIFE Malaysia menjanjikan hari yang hebat untuk seluruh keluarga,”
– Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort
LEGOLAND® Malaysia Resort telah menarik penduduk tempatan dan pelancong luar dari Singapura, Indonesia, Thailand, Australia dan China.
Selaras dengan ini, pembukaan SEA LIFE Malaysia dijangka memberi peningkatan tambahan dalam memacu pelancongan di Johor, seterusnya menyokong cita-cita negeri menjadi destinasi pelancongan serantau bernilai tinggi menjelang 2023.
“SEA LIFE Malaysia telah mendapat sambutan hangat dan kami ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar, mencintai dan merawat lautan melalui edutainment,”
– Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort
Di antara kehidupan marin yang kini ditempatkan di 25 tangki ialah Stingray, Jerung Zebra, Black Tip Reef Shark, Seahorse, dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi bercerita, paparan interaktif dan touch pooldi zon Rok Pool, zon habitat khas yang menempatkan hutan hujan Malaysia dan Stingray Baydan Ocean Tank, tangki terbesar yang diisi dengan 400,000 liter air.
Merangkumi 6 meter panjang dan lebih dari 2 meter lebar, Ocean Tankmenampilkan pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif yang memperkenalkan kehidupan dan pemuliharaan laut. Di samping itu, para tetamu boleh melihat LEGO® Mini-Figuresdan makhluk-makhluk laut LEGO® yang lain.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti LEGOLAND® Malaysia Resort, layari Facebookdan Instagram.