Tampil segar dan manis sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh. Tahukah anda, membersih muka secara berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran daripada tersumbat ke dalam liang pori wajah? Namun, membilas wajah dengan air sahaja tidak mencukupi! Menggunakan sabun badan untuk membersih wajah?! Oh tidak! Pastikan anda mendapatkan pembersih muka kerana ianya diformulasi khas agar sesuai dengan tekstur kulit wajah.
Kini, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia memimpin gadis menyusuri fasa perubahan diri agar kulit wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh.
Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh. Dengan gabungan gel dan “Micro Beadsâ€, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis.
Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia memberikan anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.
Reka bentuk produk yang unik dan trendy, serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan. Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari.
Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja. Bagi si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan teman di sisi.
Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya. Kadangkala, gaya tidak semestinya berlebihan. Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas dan “down to earthâ€. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin bersahaja.
SAFI Fruity Fresh
Nikmati Kesegaran Berpanjangan Dengan 100% Buah-Buahan Aktif!
1. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!
2. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!
3. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih sepanjang hari!
Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan manis sepanjang hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia