in

Schwarzkopf Tembusi Pasaran Malaysia

PERMULAAN CERIA UNTUK RANCANGAN BARU SCHWARZKOPF TEMBUSI PASARAN RUNCIT

Permulaan yang sungguh ceria buat jenama penjagaan rambut terkemuka Jerman, Schwarzkopf, apabila ia meraikan kemasukan pertamanya dalam pasaran runcit Malaysia pada 30 Mei di Kuala Lumpur.

Encik Markus Daburger, Pengurus Besar Henkel Cosmetics Malaysia & Singapore berkata, aksi simbolik buih-buih mengalir keluar dari botol syampu gergasi merupakan petunjuk bermakna mengenai permulaan baru jenama ini yang berazam menawarkan produk dengan harga berpatutan untuk konsumer di serata negara.

Schwarzkopf

“Sebelum ini, produk-produk penjagaan rambut salun profesional jenama ini hanya dipasarkan di salun mendandan rambut profesional dengan kadar premium. Kami mahu mengembangkan lagi perniagaan ini dengan mencapai setiap lapisan masyarakat. Rancangan untuk menembusi kedai-kedai runcit akan pastinya mengukuhkan lagi status jenama ini sebagai pesaing utama dalam industri ini. Kami berazam untuk menawarkan kepada konsumer produk-produk yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu dimiliki,” tambahnya.

Jenama ini sudahpun menandakan penguasaannya dalam bahagian pasaran produk penjagaan rambut bagi segmen barangan pengguna (FMCG) di negara-negara lain.

Antara negara yang mendahului adalah Germany, Australia, New Zealand, Thailand dan China.

“Kami amat teruja dengan potensi jenama runcit kami untuk berkembang. Kami mempunyai sebab untuk menaruh harapan berdasarkan hasil jualan yang cemerlang dan penerimaan pelanggan merentasi Asia.

Contohnya, di Australia, Schwarzkopf mendahului pasaran dalam kategori rawatan rambut dan dandanan rambut. Seperti juga di Thailand, Schwarzkopf berada di kedudukan pertama dalam pasaran runcit pewarnaan rambut.

“Di Malaysia, kami bakal menembusi kategori penjagaan rambut, pewarnaan rambut serta dandanan rambut. Kami berazam untuk mengembangkan perniagaan ini dengan sentiasa memperluaskan rangkaian produk kami dalam kategori ini, supaya ia lebih menarik dan berharga buat konsumer,” kata Daburger.

Schwarzkopf menawarkan rangkaian syampu, perapi dan rawatan di bawah siri jenama Extra Care. Lima jenis produk disediakan untuk memenuhi pelbagai keperluan – Ultimate Repair, Hydro Collagen, Q10, Shea Cashmere dan Anti Dandruff.

Schwarzkopf

Rangkaian produk Extra Care disokong oleh teknologi teras paling inovatif – Liquid Keratin, teknologi pembaik pulih rambut yang amat berkesan. Produk rawatan/baik pulih rambut biasa sekadar meletakkan selapisan ke atas rambut untuk membuatkannya kelihatan sihat, namun teknologi baru ini mampu mengisi jurang antara kutikel rambut, merawat rambut dari dalam hingga ke permukaan menggunakan partikel/zarah serupa rambut.

Selain rejim seharian penjagaan rambut, produk pewarnaan dan dandanan menarik akan turut disertakan jenama ini.

Untuk pewarnaan rambut, Schwarzkopf menawarkan barisan lengkap Freshlight dan Palette, dengan pilihan warna semulajadi hinggalah tona-tona bertenaga dan padat.

Freshlight yang berasal dari Jepun, memaparkan warna-warna rambut disukai ramai yang tampak muda dan bergaya. Tidak seperti pembungkusan konvensional yang menggunakan imej model wanita, Freshlight mengambil pendekatan unik dan segar dengan memakaikan pelbagai tona warna pada patung popular, Blytheâ„¢.

Freshlight boleh didapati dalam kedua-dua jenis aplikasi krim dan buih. Corak warna krim terdiri daripada tona Perang Ghairah/Passion Blond, Debu Jelas/Clear Ash, Mocha Cair/Melty Mocha, Misteri Kuning Air/Mysterious Beige, Aprikot Manis/Sweet Apricot dan Champagne Merah Jambu/Champagne Pink. Bagi aplikasi buih, warnanya terdiri daripada Debu Beri/Berry Ash, Coklat Karamel/Caramel Brown, Ceri Cair/Melty Cherry dan Perang Lemon/Lemon Blond.

Di bawah jenama Palette, terdapat Palette DELUXE Intensive Oil Caring Color – pewarnaan kekal pertama diperkaya dengan 7 jenis minyak (minyak Marula, minyak Argan, minyak Bijan, minyak Badam, minyak Zaitun, minyak isirung Aprikot dan minyak kacang Macadamia) untuk dimensi baru kesuburan, sinar dan kepadatan warna.

Selain itu, Palette juga menawarkan krim warna yang diperkaya dengan Gelée Royale asli/semulajadi, yang dipanggil Palette Intensive Color Crème, untuk sensasi warna mempesonakan kaya dengan khasiat penting.

Schwarzkopf

Gaya rambut anda disediakan oleh Got2b, produk dandanan yang diinspirasikan oleh gaya jalanan. Setiap rutin penggayaan mempunyai produk yang sesuai, jadi anda boleh mereka dan menggayakan semula stail terkini. Inginkan bentuk yang bertahan? Anda puja gaya pacak? Mahu kelihatan terserlah atau tersikat rapi? Apapun gaya anda, ia seharusnya Got2b – pendirian rambut anda!

Produk-produk Got2b adalah Chaos Fibre Gum, Playful Matt Paste, Rockin’ it Strong Styling Wax, Freeze Up Styling Gel dan Guardian Angel Straightening+Iron Spray.

Kesemua produk daripada Schwarzkopf ini akan mula mengisi rak-rak farmasi, pasar raya besar dan pasar raya serata negara mulai Jun.

Henkel beroperasi di serata dunia dengan jenama dan teknologi terkenal dalam tiga bidang perniagaan: Pencucian dan Penjagaan Rumah, Kosmetik/Kelengkapan Dandanan Diri dan Teknologi Lekit. Diasaskan pada 1876, Henkel mendahului dalam kedua-dua perniagaan konsumer serta perindustrian seperti Persil, Schwarzkopf dan Loctite. Henkel mempunyai 47,000 pekerja dan mencatatkan jualan 15,605 juta Euro dan keuntungan operasi sebanyak 2,029 Euro pada tahun fiskal 2011. Saham utama Henkel tersenarai di indeks saham Jerman DAX dan syarikat ini turut menduduki senarai Fortune Global 500.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.schwarzkopf.com atau www.press.henkel.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lebarkan Sayap Ke Jepun

Konsert Solo Faizal Tahir