Tapi, anda jangan cepat buat andaian, hubungan dingin mereka cuma di dalam lakonan sahaja, di luar set penggambaran mereka baik-baik sahaja dan tidak bermusuh. Drama Jodoh menampilkan Scha sebagai Olly dan Dazrin sebagai Azlan yang mengisahkan tentang dua watak utama ini terjerat dalam permainan rancangan realiti. Azlan, lelaki kacak dan bujang mencari cinta melalui sebuah program televisyen yang dinamakan “Jodoh”.
Azlan pula harus memilih seorang teman wanita dari sepuluh peserta dan dia juga perlu memilih siapa yang bakal disingkirkan. Menariknya, pemilihan teman wanita ditentukan oleh undian penonton.
Pelbagai konflik berlaku kerana mereka tidak menyukai di antara satu sama lain! Menjadi masalah kepada Azlan kerana terpaksa mengikut pilihan penonton yang mahukan dia bersama Olly.
Azlan lebih tertarik kepada Katya, namun demi perjanjian yang telah termeteri dan demi peminat yang telah mengundi, rancangan harus diteruskan. Mungkinkah akan timbul rasa cinta di antara Azlan dan Olly walaupun mereka berdua tiada perasaan antara satu sama lain?
Ya atau tidak, pasti banyak hati yang menjadi taruhan. Sama-sama nantikan debaran jawapan di dalam Jodoh setiap Isnin, pukul 9 malam hanya di Astro Ria, saluran 104.