in ,

Sazzy Falak Dilantik Duta Jenama Pertama Produk Orchid

Orchid, rangkaian pembersih khusus wanita, telah menamakan pelakon, penyampai televisyen, dan pencetus trend, Sazzy Falak sebagai duta jenamanya yang pertama!

Sazzy, akan mewakili jenama tersebut untuk menggalakkan kaum wanita supaya melanjutkan perbincangan tentang kebersihan intim, dan untuk mengatasi perasaan segan terhadap topik penjagaaan dan kesihatan sistem reproduktif.

Sazzy Falak Dilantik Duta Jenama Pertama Produk Orchid

Orchid Memperkenalkan Sazzy Falak Sebagai Duta Jenama Yang Pertama; Melancarkan Kempen #Malu?TakMalu

[dropcap]B[/dropcap]eliau ingin berkongsi mesej yang penting ini dalam sebuah perbincangan terbuka tanpa rasa malu melalui kempen perkasakan wanita #Malu?TakMalu! Orchid.

Orchid dan Sazzy telah meninjau ke beberapa universiti dan kolej di seluruh negara melalui #Malu?TakMalu! Orchid untuk menjawap pertanyaan para gadis tentang isu-isu kebersihan intim dari perspektif seorang pengguna yang arif. Antara institusi yang dijelajah adalah MAHSA, MSU, USM, UUM dan UKM.




Satu Majlis pelancaran rasmi Pembersih Khusus Wanita Orchid, pengenalan Sazzy Falak sebagai duta jenama yang pertama, dan kempen #Malu?TakMalu bakal diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) bulan depan. Tahniah Sazzy!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Angelina Jolie Blocked Panggilan & Mesej dari Brad Pitt

Tiga Selebriti Popular Buat Kerja Giler dalam EXTREME ROADTRIP