Jaclyn juga dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi sebaliknya hanya memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan walaupun dilanda dugaan seperti jangkitan virus pada peti suara baru-baru ini.
“Saya tidak mengejar kedudukan pertama, kedua atau sebagainya.
– Jaclyn
“Buat masa sekarang hanya mahu fokus sepenuhnya dan berikan nyanyian yang terbaik setiap minggu sahaja,â€
Jac juga menolak untuk membaca komen-komen yang ditulis netizen dalam media sosial bagi menjaga kesihatan mentalnya.
“Kalau boleh tak mahu mengundang sebarang masalah pada diri sendiri dan sakit hati,â€
– Jaclyn
Juara GV musim kesembilan itu juga berpendapat wujud segelintir netizen hari ini yang hilang sifat sopan apabila melemparkan komen dalam media sosial.
Dia juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berpada-pada apabila menulis komen yang adakalanya boleh menggores hati mana-mana pihak.
“Jadi, walaupun media sosial adalah platform utama, saya lihat ramai yang sudah mula lupa kesopanan. Asyik nak maki sahaja.
– Jaclyn
“Bukan nak menegur tetapi kena fikir juga sekiranya anak-anak mereka pula yang kena satu hari nanti. Apa yang berlaku sekarang mungkin akan berbalik pada diri sendiri satu hari nanti.
“Jadilah baik dan saling hormat-menghormati daripada asyik mengecam sahaja,â€
Semalam, Jaclyn diumumkan sebagai peserta yang meraih markah tertinggi sekaligus melayakkan dirinya melangkah ke peringkat suku akhir minggu depan.