Kali ini, firma PR tersebut dilantik untuk membantu Zarina bagi krisis saman yang dimulakan oleh Fara. Pelantikan firma tersebut dilakukan setelah pihak media melaporkan bahawa Zarina telah kalah saman sivil terhadap Fara.
“Firma PR kami dilantik untuk menjawab pertanyaan media dan kami akan menasihati Zarina Anjoulie Lavocah mengenai strategi keseluruhan bagi krisis undang-undang yang dihadapi untuk memastikan bahawa reputasinya sebagai usahawan berprofil tinggi di Malaysia tidak akan terus dirosakkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab,”
– Saiful Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Saiful Ridzuan Public Relations and Communication
Bagi Zarina pula, dia memutuskan untuk menggunakan kepakaran Saiful Ridzuan sekali lagi setelah menilai risiko krisis undang-undang yang terbaru ini.
“Kes ini mempunyai risiko yang tinggi kerana ia melibatkan reputasi saya melalui kes saman yang diambil oleh Fara Mendoza. Saya mempunyai tugas profesional untuk membersihkan nama saya,untuk mencerahkan keadaan dengan berkongsi apa sebenarnya yang berlaku dan meminimumkan kerosakan setelah reputasi saya tercemar.
Sebagai usahawan terkenal, reputasi positif di antara pihak berkepentingan (stakeholders) saya bukanlah satu pilihan – saya perlu memilikinya dan saya menggandakan usaha untuk meningkatkan komunikasi melalui pengambilan agensi PR terkemuka ini. Saya harus menyatakan bahawa bagi saya, saya tidak kalah kes fitnah ini dan ianya baru saja bermula,”
– Zarina
Enggan Berdiam Diri
Kontroversi saman itu yang membahayakan reputasi Zarina, telah menjadi perhatian media nasional, termasuk liputan akhbar baru-baru ini. Ketika itu, Zarina enggan memberikan wawancara dan temubual ketika krisis undang-undang itu meletus.
Kini, selepas mengambil kira imej, reputasi dan jenama peribadinya Zarina menyatakan tidak akan berdiam diri lagi kerana semua pihak harus mengetahui kebenaran mengenai krisis ini.
Terdahulu, Murai.my melaporkan pelakon Amyza Adnan dan peguamnya didakwa melanggar etika guaman setelah pihak mereka telah hadir ke firma guaman Tetuan Nurul Hafidzah and Associates, Advocates and Solicitor, peguam kepada Zarina; secara mengejut tanpa sebarang temujanji.
Difahamkan, ketika itu rakan Kongsi Utama, Nurul Hafidzah Hassan juga tiada di pejabat. Kedatangan tersebut adalah bertujuan memaksa serahan saman dilakukan di hadapan wakil media bagi kes saman fitnah Zarina.
Sumber: Murai