Menerusi entri itu, Elyana mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang dilihat beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi berhijab.
Susulan tindakannya itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan penyanyi itu, tidak kurang juga ada yang mengecam.
Memetik Utusan Online, Elyana mengakui tertekan dengan netizen yang sering mempersoalkan caranya dalam menutup aurat.
“Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up,” jawabnya ringkas.
Terdahulu, baju yang dipakai olehnya itu tertulis ‘jadi diriku’ turut menjadi perhatian ramai. Malah, Elyana turut menutup ruangan komen perkongsian itu.