Bagaimanapun, segalanya terjawab rupanya Eina menangis apabila menyangka suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet lupa untuk mengucapkan ulang tahun kelahirannya.
Memetik Utusan Online, Eina menepis dakwaan netizen yang mendakwa suaminya curang. Menerusi komen balas terhadap netizen, Eina berkata suaminya tidak pernah curang malah telah difitnah oleh netizen.
“Salam…betul apa? Oh, yang fitnah netizen cakap suami saya curang? Saya tak pernah cakap suami saya curang. You all yang fitnah suami saya. Tiada apa yang kelakar di sini, terima kasih,” jawabnya.
Susulan videonya menangis sebelum ini, ada netizen mendakwa suami kepada pelakon tersebut curang.