Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, tindakan itu dilakukan bagi menjaga hati semua pihak selain menganggap isu terbabit terlalu subjektif untuk dibahaskan.
Fasha ditemui di majlis pelancaran butik Alfaro x Fasha Sandha di Seksyen 7, Shah Alam.
Selain itu, ulas pelakon ini lagi, dia juga percaya setiap individu wajar meneruskan hidup masing-masing meskipun pada masa yang sama bersolidariti bersama Palestin.
Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta pakaian muslimah AL Faro , Fasha berkata, pembukaan cawangan baru menunjukkan AL Faro berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi jenama ini.
“Alhamdulillah, saya gembira melihat rangkaian baharu AL FARO di Shah Alam, dan baru-baru ini di Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,†katanya.
Â
Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.
Â
“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
Â
“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses Bersama,†ujarnya.
Â
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my