in , ,

“Saya Suami Yang Teruk” – Remy Ishak Kongsi Tak Penuhi Keinginan Isteri

Pelakon tampan, Remy Ishak mengakui dirinya merupakan seorang suami yang teruk. Apa kes pula ni?

Menurut laporan Kosmo, pelakon itu berkongsi satu IG Story mengatakan hal itu kerana tidak dapat penuhi keinginan isterinya, Ezza Yusof.

Ezza Yusof yang kini sedang hamil rupanya teringin makan buah ciku, tapi Remy tidak sempat untuk mencarinya sebab sibuk dengan kerja lagikan buah itu agak sukar untuk dijumpai.

Saya husband (suami) yang teruk. Wife (isteri) mengidam nak makan ciku pun tak sempat cari.

– REMY ISHAK

Walau bagaimanapun, Remy berasa lega selepas ada kenalannya jadi penyelamat yang boleh import buah tersebut dari Kedah.

Ingatkan apa lah tadi. Semoga segalanya dipermudahkan lah ya dan bayi dalam kandungan isteri sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Puteri Sarah Profesional, Tak Halang Bertemu Anak-Anak,” – Syamsul Yusof

“Aku Merindukan Mu, Setengah Mati Merindu” – Puteri Sarah Liyana