Menerusi laporan Harian Metro, Aliff Aziz kini sedang berbincang dengan keluarganya sebelum memberi apa-apa kenyataan.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa.
“Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,”
– Aliff Aziz
Terdahulu, Bella mendedahkan suaminya berkelakuan pelik selepas bergandingan dengan Oktovia dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.
Dakwaan Aliff dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.
Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari sebuah pusat karaoke pada 2017.
Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.
Sumber: Harian Metro