Memetik BH Online, meskipun dikecam netizen berhubung isu rumah tangga, namun Puteri Sarah tersentuh apabila dia menjadi inspirasi buat wanita diluar sana yang senasib dengannya.
“Saya menerima banyak mesej peribadi bertanya mengenai tip bagaimana nak jadi kuat. Ada juga yang mengadu mengalami nasib sama seperti saya.
“Bagaimanapun, wanita ini mengalami lebih tekanan kerana tiada sokongan, apatah lagi, suami dalam kalangan VVIP. Nasihat saya agar membuat laporan polis.
“Walaupun sukar, tetapi saya suruh letak ketepi dahulu segala kekangan dan buat laporan polis. Saya gembira dapat membuka jalan dan beri semangat kepada wanita senasib dengan saya,” katanya.
Menurut Puteri Sarah lagi, dia yakin bahawa dia tidak keseorangan kerana mendapat sokongan daripada keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
“Orang tuduh tuduh saya sengaja membuka aib. Namun, saya sebak apabila keluarga mentua mengeluarkan kenyataan mempertahankan saya ketika anak sulung, Syaikhul Islam masuk hospital.
“Pada masa itu, saya tahu tidak keseorangan berdepan konflik rumah tangga. Bapa mentua banyak memberi dorongan dengan menyuruh saya kembali berlakon. Apabila aktif semula, saya akui keyakinan semakin bertambah dan mengembalikan diri saya sebelum ini,” katanya.