in , ,

“Saya Sangat Hargai Insan Bernama Ungku Ismail,” – Nad Zainal

Selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru, pelakon Nad Zainal memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, Nad meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang kedua serta memerlukan rehat secukupnya.

Katanya lagi, keadaannya masih belum sembuh sepenuhnya serta mudah mengalami masalah pernafasan pendek dan tidak boleh banyak bercakap.

Nad juga terharu dengan keprihatinan rakan artis yang menjayakan tabung dana kecemasan bagi menampung kos rawatannya.

Memetik Harian Metro, ketika sesi Live itu juga, Nad berkata buat masa ini aktor Ungku Ismail antara individu yang rapat dengannya. Ujarnya, aktor itu banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya.

“Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz. Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi,” katanya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Video & Youtuber Popular Malaysia Pada Tahun 2022

BUDIEY PRISM

Ulasan Soundbar PRISM+ Flow Dengan Harga Mampu Milik Hanya RM799