Beliau yang popular dengan panggilan Datuk Vida berkata, kelab yang menjadi pilihannya adalah yang memiliki kriteria untuk berkembang pada masa akan datang.
Usahawan itu turut mengakui pada mula dia sudah serik dengan sukan bola sepak namun mahu kembali kerana simpati dengan apa yang berlaku dengan sukan itu.
“Serik memang serik tapi saya kasihan dengan sukan bola sepak.
Memang saya tengah cari kelab dan underdog pun tidak apa kalau boleh boleh berkembang pada masa depan.
“Kalau beli kelab ada nama, hendak bayar lebih macam apa,”
– Datuk Vida
Vida turut memberitahu, dia juga tidak berminat untuk membeli Kelantan yang pernah ditajanya sebelum ini.
Ini kerana katanya, kos gaji sahaja, dia perlu memperuntukan hampir RM500,000 sebulan.
Sejak kebelakangan ini, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu mengakui sedang ‘merisik’ beberapa pasukan yang berpotensi untuk dimiliki, sekali gus menyaksikan dia akan membuat kemunculan semula dalam arena bola sepak.
Kali terakhir dia bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada 2016 apabila menaja dengan lebih RM16 juta.
Sumber: MalaysiaGazette