in , ,

“Saya Mempercayai Orang Yang Salah,” Tiba-Tiba Elizabeth Tan Menangis Teresak-Esak

Penyanyi Elizabeth Tan baru-baru ini telah memuat naik satu video di laman sosial Facebook miliknya. Di dalam video tersebut beliau kelihatan menangis teresak-esak.
Rupanya beliau menangis disebabkan oleh kecuaian pihak pengilang baju yang menghasilkan produk T-shirt keluarannya.

Copy

“Guys, saya betul-betul kecewa, tapi saya rasa gembira juga kerana baju saya sudah habis dijual. Tapi sekarang saya betul-betul kecewa kerana saya sedar pihak pengilang tak letak “tag” kat bawah. Ia sepatutnya ada tag,”

“Isk..isk ..tskk (menangis) .. dan dia berjanji dia sudah buat QC (pemeriksaan), dia dah janji kat Lizzy dia dah QC semua, Lizzy tak payah nak buka check.”

“Saya bayar dia banyak, modal Lizzy bukan sikit. Dia adalah pengeluar baju premium.”

“Lizzy tak nak nangis, saya mahu semua tahu yang sesiapa yang ingin mahukan “refund” kamu boleh mohon dari LAZADA, dan mereka akan memberi refund bersama voucher tambahan.”

“Lizzy minta maaf sangat-sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Lizzy nak yang terbaik untuk korang tapi rupanya saya tersalah mempercayai orang lain.”

“Saya minta maaf, dan terima kasih sebab menyokong Lizzy.” ujarnya sambil mengusap air mata.

*Sumber: FB Elizabeth Tan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyakit Autoimun & Bipolar, Akhirnya Putera Mateen Dedah Penyakit Sebenar Putera Azim

Tuju & Tyco Bergabung dengan Ustaz Kazim Elias dalam Lagu SALAWAT 1442