Menerusi perkongsian di Insta Story, Afifah berkata dia mahukan lelaki yang sempurna namun ianya mustahil. Menurutnya lagi, dia mahukan seorang lelaki yang tampan, baik dan mempunyai ilmu agama yang tinggi.
Dalam pada itu, Afifah turut menitipkan pesanan buat kaum lelaki untuk memperbaiki diri jika mahukan wanita sempurna serta sentiasa menghargai kaum wanita.
“Apa yang boleh saya katakan, goodluck untuk wanita di luar sana. Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu.
“Hargai kami sebagai wanita. Tahu nilai kita. Anggap kami seperti berlian maka anda akan menemui wanita yang baik,” tulisnya.