Susulan dakwaan itu, Jasmine, 33, tampil bersuara menepis segala tohmahan yang mengatakan dirinya sedang mendalami serta menganut agama lain.
“Saya ke India kerana bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada masa lapang.
“Percutian saya kali ini lebih kepada merehatkan minda dan menerokai budaya serta tradisi masyarakat India.
“Upacara yang saya hadiri itu bukanlah ritual keagamaan, sebaliknya hanya sekadar sesi mencari nafas baharu sahaja.
“Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, menyaksikan kemiskinan yang berlaku di sana dengan mata kepala sendiri, saya percaya bahawa agama adalah landasan terbaik untuk membentuk jati diri manusia,â€
– Jasmine
Sebelum ini Jasmine tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya, namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan.
Kata Jasmine, dia dan pihak pengurusan sedang merangka perancangan terbaharu untuk memastikan dia aktif di laman sosial.