in ,

“Saya Dikecam Teruk, Orang Pandang Seolah-Olah Jahatnya Saya,” – Vida

Semoga DS Vida mengambil semua kritikan dan kecaman pedas yang dilemparkan kepadanya dengan fikiran yang positif.

Vida berkongsi luahannya itu dalam sebuah video menerusi laman sosial Instagram miliknya. Menurut Vida, dia juga pernah melalui zaman kemiskinan dan keperitan hidup namun berjaya bangkit untuk mengubah nasib dirinya sekeluarga.

“Saya dikecam teruk, saya dihentam dari semua penjuru, yang tak memahami apa yang saya cuba sampaikan, tak nak ambil apa yang saya cakap ni sebagai positif. Ramai ambil apa yang saya cakap tu sebagai negatif. Terserah, tapi apa yang saya cakap tu apa yang saya lalui, benda itulah yang saya buat dan menjadikan saya seperti hari ini rahmat dan izin di Atas sana. 

“Kena usaha, sebab saya cakap ni bukan sebab saya tak pernah lalui, saya pernah melalui, saya telah berjuang dengan hidup yang susah jadi senang dan saya nak you all pun buat benda yang sama,” itulah perjelasan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) yang meluahkan kekesalannya kepada mereka yang tidak memahami mesej yang ingin disampaikan selepas menasihati golongan ‘bendera putih’ supaya jangan malas dan berusaha. 

“Takde orang mampu ubah hidup kita, melainkan kita sendiri. Tapi orang pandang seolah-olah jahatnya saya, sombong bongkak, angkuh, riak, macam-macam tohmahan maki kat saya. Saya ambil kecaman itu sebagai benda positif dan saya rasa you tak faham apa yang saya cuba sampaikan ataupun penyampaian saya tidak sesuai pada waktunya. Untuk apa dapatkan kejayaan atau hasil apa yang kita usahakan, bukan hari ini buat, hari ini dapat. Kena bermula, kena usaha,” ujarnya lagi. 

“Tidak hanya itu, ibu kepada usahawan muda, penyanyi dan pelakon Cik B itu turut mengambil peluang untuk menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan serta memahami mesej yang cuba disampaikan. 

“Terima kasih kepada semua yang tak putus memberikan sokongan pada saya, mendoakan, membeli produk saya dan memahami apa yang saya cuba sampaikan,” tuturnya. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan maklumbalas yang positif terhadap luahan Vida. Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 166,000 tontonan daripada pengikutnya. 

“Setuju dengan apa yang Datuk cakap. Orang yang tak faham tak akan hadam apa yang Datuk nak sampaikan. Ada orang tu memaksa nak suruh kita bagi sumbangan. Adoi, jadi tak ikhlas pulak kita ni,” komen seorang wargamaya. 

“Semangat Datuk. Saya faham maksud Datuk. Masih santun walaupun banyak yang mencela itu petanda Datuk memang orang baik,” kata seorang wargamaya. 

“Ye Datuk, saya faham. setengah tu memang layak dibantu tapi setengah lagi tu, tunggu nak supa je. Pastu tak bersyukur,” luah seorang wargamaya. 

“Tapi dulu zaman Datuk takde media sosial guys. Lagi susah dia nak usaha. Kita yang 24 jam dengan phone daripada buat content TikTok atau content kosong, better pelan business online. Jangan salahkan Covid,” sokong seorang wargamaya. 

“Sebenarnya, cara Datuk sampaikan mungkin penerimaan majoriti ke arah negatif. Kalau saya fikir macam saya, saya meniaga kecil-kecilan. Banyak orang DM suruh belikan susu anak dan pampers. saya fikir ada betulnya apa yang Datuk cakap. Ramai orang fikir Datuk hina tapi sebenarnya benda tu walaupun agak kasar, ia realiti,” pesan seorang wargamaya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pecah Rekod Lagi, Malaysia Catat Jangkitan Tertinggi Menteri Wilayah Dedah Punca Sebenar

Pelajar Temui Ajal Disebabkan Tekanan Kejar Deadline Tugasan di Universiti