Memetik BH Online, Farid berkata dia dia mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua anaknya serta meminta media bertanyakan kepada Diana mengapa dia halang berjumpa dengan anak-anak.
“Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak.
“Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang daripada berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana,” katanya.
Dalam pada itu, Farid berkata dia juga tidak tahu di mana keberadaan kedua anak-anaknya sekarang.
“Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.
“Saya mendapat taufik dan hidayah ketika mengerjakan umrah dan ziarah, baru-baru ini. Dari situ saya dapat meningkatkan tahap kesabaran yang ada pada saya sekarang,” katanya.
Semalam, pelakon Diana Danielle mendakwa anak bongsunya, Nur Aurora dikatakan trauma namun aktres itu enggan menjawab punca anaknya itu trauma.