in , ,

“Saya Dah Kerja Sejak Usia 13 Tahun, Kongsi Penyata Bank Kata Riak Pula” 

Susulan kontroversi terpalit dirinya serta adik-beradiknya, penyanyi Syada Amzah menafikan tuduhan netizen bahawa dia hanya mengharapkan hasil pendapatan kakaknya, Shila Amzah.

Menerusi komen di TikTok, Syada berkata dia sudah mula bekerja sejak usia 13 tahun lagi dan tidak lagi bergantung kepada orang lain serta menyara diri pada ketika di tingkatan 3.

Sementara itu, Syada berkata dia tidak teragak-agak berkongsikan penyata bank kepada umum namun bimbang akan dituduh riak pula.

Terdahulu, Shila berkata rumah tersebut adalah dibawah namanya dan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa.

Dalam pada itu, Shila menegaskan dia terpaksa menggunakan kuasa veto memandangkan dia kini bertindak sebagai ketua keluarga serta mempersoalkan mengapa dirinya dilihat bersalah sedangkan mahu yang terbaik buat keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

“Baru-Baru Kahwin Memang Suka Tunjuk Masak, Macam Saya Dulu” – Sarah

ELLY MAZLEIN

Kita Dah Elok-Elok Senyap, IG Story Elly Mazlein Undang Tanda Tanya Netizen