in , ,

Saya Bukan Scammer – Sajat Jawab Dakwaan Sudah Murtad, Nafi Dirinya Bankrap

Sejak membuat kemunculan semula di platform media sosial, usahawan sensasi Nur Sajat tampil menjawab segala persoalan yang diajukan netizen menerusi beberapa hantarannya.

Selain mengesahkan dirinya kini berada di Australia, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman turut menjawab mengenai status agamanya. Menurut Sajat, soal agama dan ibadahnya adalah bersifat peribadi namun dalam masa yang sama mengesahkan dirinya masih beragama Islam.

“Agama adalah benda yang peribadi dan saya rasa kalau saya masih Islam biarlah saya dengan Islam saya, awak dengan Islam awak.

“Jadi cara ini lebih terhormat dan tak perlu lah awak nak menghukumi saya ke apa ke. Kita hormati antara satu sama lain itu sahaja

“Sebab sekarang ini pun kalau awak nak kata sata macam-macam pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya, awak dengan cara awak

“Tak perlu lah awak cakap macam ini berdosa lah apa lah. Terima kasih saya sangat hargai kalau awak semua rasa macam dah nasihat.

“Saya sangat hargai tapi saya ada pendirian saya dan kita hormat antara satu sama lain. Itu je,”

– Sajat

Nafi Bankrap

Sajat turut menafikan bahawa dirinya telah diisytiharkan sebagai bankrap. Menurut pelantun Makhluk Penggoda itu, dia hanya menerima notis bankrap kerana tidak dapat hadir ke perbicaraan mahkamah sebelum ini.

“Sebab saya tak datang terus dorang bagi notis bankrap. Baru notis je tau.

“Dia bukannya terus nak bankrap kan kita Sebab saya tak datang itu sahaja

“Saya bukan scammer,”

– Sajat

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Sajat telah ditahan oleh Imigresen Thailand di sebuah kondominium di Thailand.

Bagaimanapun, usahawan itu telah dibebaskan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa di sana bahawa dia merupakan seorang pelarian.

Difahamkan, usahawan itu berjaya meloloskan diri ke Thailand menerusi sebuah gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.

5 Kenyataan Berani Nur Sajat Kepada Media Antarabangsa

Umum mengetahui bahawa  Nur Sajat kini bukan sahaja mendapat perhatian media tempatan, beliau kini turut mendapat perhatian media antarabangsa mengenai isu transgender.

Menerusi laporan New York Times, Sajat tampil memberikan beberapa kenyataan yang berani kepada media antarabangsa tersebut.

Rasa Dilindungi Ketika Berada Di Austalia

Jelas Sajat, dia merasakan seperti dilindungi untuk menjadi dirinya  yang sebenar apabila berada di Australia.

“Ketika saya mendapat perlindungan di Australia, saya rasa dilindungi untuk menjadi diri sebenar , untuk bebas.” dedah Sajat

Terperangkap Di Negara Sendiri

Dedahnya lagi, dia berasa seperti terperangkap di negara sendiri disebabkan undang-undang Malaysia kononnya menghukum dan menganggapnya sebagai seorang lelaki.

“Saya rasa terperangkap di negara sendiri, di mana tempat saya dilahirkan, kerana undang-undang di sana yang menghukum saya dan menganggap saya seorang lelaki.

Saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai umat Islam jadi saya diajar untuk melakukan perkara dengan cara Islam. Saya menjalankan perniagaan halal.”-katanya

Diraba Sewaktu Berada Dalam Tahanan

Sajat turut mendedahkan bahawa sewaktu berada di dalam tahanan, sekurang-kurangnya tiga orang lelaki telah menendang dan menjatuhkannya. Malah, dia turut mendakwa payudaranya diraba oleh mereka.

Pada hari yang sama dirinya digari dan ditahan  di Mahkamah Syariah, Sajat telah ditempatkan semalaman di pusat tahanan lelaki.

Tidak Dilayan Dengan Penuh Belas Kasihan

Menurut media itu lagi, ibu kepada  Sajat yang dikatakan menyaksikan serangan itu telah berhadapan dengan seorang pegawai dan dalam masa yang sama turut bertanyakan bagaimana seorang Muslim yang alim boleh bertindak sedemikian. Walaubagaimanapun, pegawai memberi alasan ia adalah Sajat jadi tidak mengapa untuk dia berbuat demikian.

“Mereka mengaggap wajar menyentuh bahagian peribadi dan payudara saya kerana menganggap saya sebagai lelaki.

Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan dan kemanusiaan.”- kongsinya

Akui Menjadi “Kambing Hitam” Untuk Alih Perhatian Dari Isu Yang Lebih Besar

Tambahnya lagi, dia seperti menjadi kambing hitam untuk mengalihkan perhatian pihak tertentu dari isu yang lebih besar.

“Saya sentiasa menjadi kambing hitam untuk mengalihkan perhatian dari isu yang lebih besar, dan kes saya menjadi lebih sensasi kerana kehadiran media sosial saya.” katanya

Ada Hak Untuk Privasi

Dalam pada itu, Sajat berkata Islam adalah agama yang suci dan dia juga mempunyai hak untuk hidup secara peribadi dan tertutup.

“Islam adalah agama suci. Ia adalah hal peribadi, dan saya mempunyai hak untuk privasi.”- katanya lagi

Akhirnya Sajat Mengaku Transgender

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mengakui mengenai status dirinya seorang transgender.

Pengakuan berani dan tulus itu dibuat Sajat ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia yang ditemu ramah pelawak Harith Iskander serta disiar secara langsung di Facebook dan YouTube selebriti itu, malam tadi.

Dalam temuramahnya, Sajat yang beberapa kali memberitahu dia adalah transgender berkata keputusan tinggalkan Malaysia dibuat kerana mendakwa keselamatannya terancam, selain mengalami kemurungan teruk.

“Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Hinggakan saya murung teruk dan perlu mendapatkan rawatan, ambil ubat serta jalani terapi mental.

“Saya buat keputusan larikan diri dari Malaysia sebab tak mahu ia berterusan walaupun perlu tinggal anak, keluarga, kawan-kawan dan perniagaan,” katanya turut mengakui tak pernah berpisah terlalu lama dengan anak.

Sajat yang memaklumkan dia kini berada di Australia sejak 18 Oktober lalu, masih menjalani kuarantin diri. Bagaimanapun, dia nekad mahu memulakan kehidupan baharu di negara itu.

“Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai serta diberi juga ruang menghadiri kelas untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris.

“Saya didedahkan juga dengan selok-belok berniaga termasuk belajar urusan import dan eksport. Begitu juga dibantu dari aspek kediaman dan elaun hidup.

“Lebih utama, apa yang terjadi selama ini membuka mata saya mengenai soal hak asasi. Sebagai manusia kita kena tahu hal itu (hak asasi) dan sekarang, saya hendak â€˜move on’ untuk bina hidup baharu di sini sebagai‘transwoman’,”katanya.

Mahu membiarkan apa yang sudah berlaku itu terus berlalu, Sajat berkata dia juga belajar daripada kesilapan. Katanya, dia kini ada visi untuk diterokai dan membina perniagan baharu di negara ‘penghijrahan’ itu.

Terdahulu, sebaik berjaya bolos melarikan diri dari negara ini, Sajat yang dilaporkan bersembunyi selama berbulan-bulan dalam pemburuan, akhirnya dapat dikesan di Bangkok, Thailand.

Dia ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaannya yang menjadi buruan apabila lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok serta memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia. – myMetro Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Director Terawal Kesan Bakat Saya, Hadiahkan Amy Mat Piah Dan Deris,” – Que Haidar

Spotify Malaysia Lancar Premium Mini & Spotify Premium Untuk Pelajar