in , ,

“Saya Bukan Penjenayah, Pelik Sampai Kerjaya Saya Terjejas” – Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh mengakui sudah lama dia tidak menerima sebarang tawaran kerja seni dan kini dia berniaga di media sosial.

Memetik Harian Metro, Ali berkata dia akan menggunakan segala platform miliknya untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah.

Ali juga turut meluahkan rasa pelik kerana dia bukan seorang penjenayah namun kerjayanya terganggu sedangkan apa yang berlaku hanyalah hal urusan keluarga.

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.

“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya.

Mengulas mengenai rumah arwah Abam yang diminta oleh Hidayah, Ali berkata dia tidak boleh menyerahkannya kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwah ibunya.

Ujarnya lagi, pihaknya akan membayar saman tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan rumah tersebut dari disita serta meluahkan rasa pelik mengapa harta arwah ibunya pula yang mahu disita.

“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.

“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi