Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, dia mahu peminat memahami keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana memulakan rawatan kemoterapi bermula semalam.
Sebelumnya, Elyana yang sudah beberapa hari dimasukkan ke hospital turut bersyukur kerana ujian darah dan jantungnya menunjukkan keputusan positif.
Malah, dalam perkongsian hantaran di Instagram, Elyana sebelum itu menahan sakit selama sebulan sehingga menyebabkan dia tidak dapat tidur nyenyak kerana berasa kurang selesa.