Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM dan penyanyi Ifa Raziah sedang sakan bergelek.
Memetik Kosmo, Ifa berkata ada dua acara dalam majlis dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan. Jelasnya lagi, dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.
“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.
“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.
“Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan,†katanya.
Menurut Ifa lagi, isu kononnya dia merosakkan majlis akikah tidak sepatutnya timbul kerana ketika dia membuat persembahan semua ahli agama sudah pulang.
“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu. Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,†jelasnya.
Dalam pada itu, Ifa berkata tindakannya bergelek pada majlis tersebut bukan isu besar kerana dia dibayar berpuluh ribu untuk membuat persembahan, serta meminta netizen menonton video penuh di Instagram miliknya.
“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan,†katanya.