Menerusi temu bual bersama Melodi, Aida berkata dia tiada masa untuk mencari pasangan apatah lagi sibuk dengan komitmen serta jadual yang padat.
Aida mendedahkan ramai jejaka mendekatinya namun hatinya belum terbuka namun mengakui cemburu melihat kebahagiaan dikecapi rakan dan adik-adik bersama suami.
Ramai yang mendekati tapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi, kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan, adik saya bahagia bersama suami dia, saya sedih jugak lah.
Dalam pada itu, Aida turut menitipkan pesanan buat anak sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga. Menurutnya, sebagai isteri perlu buat yang terbaik untuk suami.
“Bagi saya, jodoh dan ajal di tangan Allah. Siapa saja nak kahwin tapi cerai-berai. Macam saya, orang selalu tanya ‘kau ni asyik kahwin cerai’. Ada ke orang nak begitu?
“Semestinya kita kalau nak bernikah pasti nak bahagia till Jannah tapi Tuhan dah tulis semuanya, nak buat macam mana. Kita sedaya upaya mempertahankan, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Sebagai seorang wanita, kena buat yang terbaik untuk suami, jaga makan minum,â€
– Datuk A.Aida