in ,

Review Hotel Savoy Homann Bidakara

Pandangan ramai orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa sesetengah hotel ada kisah serta sejarahnya yang tersendiri.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel tertua di Bandung iaitu hotel Savoy Homann Bidakara. yang mempunyai ceriteranya dari masa lalu. Hotel yang bermula dengan sebuah kediaman milik bangsawan Belanda pada kurun ke-19 dulu telah menyaksikan pelbagai babak-babak penting dalam sejarah Bandung malah sejarah dunia juga.

Untitled

Savoy Homann Bidakara : Hotel Bandung Yang Kaya Sejarah

[dropcap]I[/dropcap]ni kerana hotel ini telah menjadi tempat penginapan para pemimpin dunia yang terbabit dalam Persidangan Asia Afrika tahun 1955. Maka tidak hairanlah sekiranya hotel ini terletak di Jalan Asia Afrika yang memang terkenal di pusat kota Bandung. Hotel yang sudah berusia puluhan tahun ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Bandung untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana lokasinya terletak berdekatan kawasan seni Braga yang kaya dengan restoran serta kafe-kafe dan barangan cetusan kreativiti warga Bandung. Malah, dataran utama Bandung atau lebih dikenali sebagai ‘Alun-alun Bandung’ juga terletak berdekatan dengan hotel ini.

Biarpun hotel ini agak berusia, namun ia sentiasa diperbaharui untuk bersaing dengan hotel-hotel moden masa kini. Menampilkan 185 bilik-bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, Savoy Homann Bidakara turut tidak ketinggalan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, dan kemudahan-kemudahan lain yang biasanya ada pada hotel-hotel zaman sekarang.Makanan di Restoran Garden serta Batavia Lounge juga sangat menyelerakan.

Secara amnya, hotel ini lengkap dari setiap aspek dan sentiasa menawarkan perkhidmatan dan kemudahan terbaik di Bandung! Jadi singgahlah semalam dua di hotel ini untuk menikmati kelainannya kerana ia memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Bandung!

Savoy Homann Bidakara : Hotel Bandung yang kaya sejarah
oleh Shah Shamshiri

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adik Amira Juara Konsert Akhir Ceria All Stars

Undian Penonton Tentukan Pengakhiran OH MY GANU 2