Natasha Hudson, pelakon yang pernah popular menerusi filem Chermin menerima banyak komen ucapan tahniah di laman media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Ini kerana ada beberapa postingnya yang memberi tunjuk bahawa dia seakan bakal menamatkan zaman singlenya.
Malah Natasha Hudson ada menulis di caption bahawa dia sedang buat pre wedding photo shooting.
Ini yang dituls oleh Natasha Hudson:
Kemudian, menerusi satu lagi entry, Natasha ada memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya memegang tangan seseorang.
Ini captionnya:
“Apa yang akan datang adalah lebih better dari apa yang ada kat sini sekarang. Sila appreciate what you have, jadi seorang yang sentiasa cakap benar, setia dan penyayang, sentiasa jujur, compassionate dan ianya akan everlasting.
Jadilah a good person. Segala yang cantik ada dalam kamu. 14 Oktober 2020”.
– IG Natasha Hudson
Ada satu lagi video menunjukan separuh bahagian antara wanita dan lelaki berpegangan tangan dan diakhiri dengan perkataan, save the date 14 oktober 2020.
Para followernya mengikuti rapat segala entry yang dikongsi oleh Natasha Hudson ini dan tertanya adakah Natasha akan bernikah pada tarikh berkenaan.
Ada juga yang terus menulis ucapan tahniah kepada kakak Tania Hudson ini.
“Tahniah diucapkan, memanglah jejaka itu seorang yang bertuah kerana akan miliki Natasha. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Harapnya akan kekal sampai ke syurga“.
Itulah antara komen yang boleh dibaca di ruangan komen.
Kalau dilihat di masa lalunya, Natasha pernah berkahwin sebanyak empat kali. Mohd Faiz pada tahun 2006, kemudian pada tahun 2007 bernikah dengan Datuk Shahrin Zahari. Natasha bersama pula dengan suami ketiga iaitu penyanyi Carleed Khaza pada tahun 2012. Yang terakhir, suami keempatnya, Noor Nashriq pada tahun 2018.
Sehingga kini Natasha Hudson tidak ada memberi penjelasan lanjut tentang hal ni. Kita tunggu sahaja pada tarikh 14 Oktober itu nanti.