in , ,

Satwo Menghantui Pendengar Dengan Single Terbaru Berjudul GELAP

Pada 6 Ogos 2020, Satwo telah memperkenalkan diri mereka kepada dunia dengan single debut mereka Untok Kita, sebuah lagu yang mengangkat genre folk rock/psych pop yang menjadi sebahagian daripada brand kumpulan mereka.

Single tersebut telah mengundang pelbagai pertanyaan dan minat daripada pendengar-pendengar muzik Malaysia yang mendengarnya buat pertama kali; siapakah kumpulan baru ini yang mendendangkan melodi dan irama yang mistik dan berhantu? Bunyi mereka sememangnya sesuatu yang fresh dan jarang didengari.

Kini mereka sekali lagi menghantui dunia muzik dengan single kedua mereka yang berjudul Gelap. Gelap adalah sebuah lagu tentang seseorang yang dihantui kisah silamnya dan ingin keluar mencari sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.

Di hujung lagu kita dapati beliau telahpun menemui cahaya di hujung terowong” kata Rafiz, separuh daripada Satwo, yang juga merupakan gitaris dan vokalis mereka.

Satwo Menghantui Pendengar Dengan Single Terbaru Berjudul GELAP

“Gelap adalah di antara lagu kegemaran saya waktu mereka menghantar demo pertama mereka kepada saya dahulu. Kuat hati saya merasakan bahawa lagu ini bakal ‘hit’. Lagu ini adalah di antara sebab saya menawarkan diri menjadi produser album mereka” kata Ilham Pitahati, produser album Satwo yang bakal muncul pada tahun ini.

Antara ciri-ciri unik yang ada pada muzik Satwo adalah pembawakan vokal mereka di mana vokal utama Rafiz sentiasa diiringi vokal harmoni dan ad lib oleh Maz, pianis dan vokalis kedua mereka.

Hasilnya adalah suatu pameran suara yang mencerminkan keakraban, kebersatuan dan harmoni dalam hubungan mereka berdua, dan perkara ini jelas sekali dalam Gelap. Di sini boleh dilihat bagaimana kehidupan mencerminkan seni, dan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri telah mencerminkan karya mereka.

“…Ia sangat menyenangkan. Sonik dan psikedelik!” – Music Addicts Malaysia

“…Kuat hati saya merasakan bahawa lagu ini bakal ‘hit’” – Ilham Pitahati

“…Pop mereka unik dan tersendiri” – Dato M. Nasir

Sebagai kumpulan yang hanya mempunyai dua orang ahli utama, mereka juga mempunyai kesenangan dan kebebasan untuk berkolaborasi dengan pelbagai jenis musisi mengikut kepada citarasa mereka dan kesesuaian pada lagu.

Satwo Menghantui Pendengar Dengan Single Terbaru Berjudul GELAP

Untuk Gelap, mereka telah meminjam bakat daripada beberapa musisi hebat iaitu; Aidil Azali (Iqbal M.) untuk drum, Masrin (Pitahati) untuk bass, Zahar dan Hidayat (Pitahati) untuk gitar. Terdapat juga bunyi-bunyi synthesizer yang merupakan kerjasama antara Ilham dan Maz.

Kata mereka juga, idea ini tercetus apabila Ilham memberi tugasan kepada mereka supaya menyiapkan empat lagu baru dalam masa seminggu. Namun mereka hanya mendapat idea satu hari sebelum menghantar demo mereka kepada Luncai Emas.

Dalam keadaan tertekanlah lagu ini terlahir. Idea untuk lagu ini bermula dengan sebuah ukulele yang dimainkan Maz dalam gaya ‘koboi’ yang menjadi hook utama lagu ini, dan kini telah berkembang menjadi sesuatu yang lebih dahsyat.

Pelancaran lagu Gelap disertai dengan sebuah video muzik arahan Ameer Syafiq. Penggambaran video ini telah berlangsung di Mossy Forest, Cameron Highlands dan Taman Melawati. Video ini adalah terbitan Luncai Emas dan boleh didapati di saluran YouTube Luncai Emas.

Gelap adalah satu daripada sepuluh buah lagu di dalam album mereka yang dijangka akan dirilis hujung tahun ini. Muzik Satwo boleh didengari di pelbagai platform streaming termasuk Spotify, JOOX, Deezer, Apple Music dan lain-lain.

Satwo Menghantui Pendengar Dengan Single Terbaru Berjudul GELAP

Satwo @satwomusic @SatwoMusic

LIRIK LAGU GELAP

ARTIS : SATWO 

TAJUK : GELAP

DARI DALAM GELAP 
MATA TERPEDAYA 
TANGAN DAN SUARA 
TIPU DAYA REKAYASA 
SENDIRI JADI SANGSI 
PERCATURAN KABUR 
MELEBUR DAN BINASA 
MELUKIS YANG TERSISA 

CHORUS 
KU MENCARI SUARA DALAM TERANG DAN GELAP MELALUI RASA (KU TEMUI) 
KU MENCARI SUARA MERENTASI MASA KU TEMUI 

TIADA SIAPA MENGHAMPIRI 
COBA ‘TUK MENYENDIRI 
HABIS SUDAH SEMUA 
KEPERCAYAAN DIRI 
KEHIDUPAN TERTOLAK 
MATA YANG LIHAT ZAHIR 
HANYA BAYANG-BAYANG 
YANG ADA DI SISI 

MEMANCAR REALITI PADA TIANG MIMPI 
TERNYATA FANTASI MENGIMBAS 
DAN MEMBATASI 
(DAN) TURUT MENGHANTUI 

CHORUS 
KU MENCARI SUARA DALAM TERANG DAN GELAP MELALUI RASA (KU TEMUI) 
KU MENCARI SUARA MERENTASI MASA KU TEMUI 


TUTUP KEDUA TELINGA 
JALAN TERUS MENUJU KE PINTU (KE PINTU)

DAN KU BERSAMAMU
DAN KU BERSAMAMU 
DAN KU BERSAMAMU


LAGU & LIRIK : SATWO

HAKCIPTA : LUNCAI EMAS SDN BHD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple AirTag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain

Gelaran Ustaz Tiada Kelebihan, Suhaimi Saad Umum ‘Bersara’ Sebagai Penyanyi Nasyid