Budiey kira lebih 10 tahun lalu muzik teater Saturday Night Fever pernah mengegarkan Istana Budaya seketika dulu. Budiey masih ingat, Budiey masih belum aktif dalam dunia blog ketika itu dan pernah mendapat tiket untuk menonton persembahan Saturday Night Fever The Musical yang kini katanya telah berjaya mencapai lebih 2,800 persembahan di lebih 10 buah negara. Bukan hanya muzik, malah apa yang Budiey suka dengan teater muzikal ini ialah fesyen dan juga tariannya yang sangat meriah dan mesra penonton.
Apa yang Budiey boleh katakan di sini, satu sidang media untuk mengumumkan tentang persembahan muzikal era 70an ini akan diadakan pada hari esok, 2 Jun oleh penganjur iaitu Milestone Production. Untuk info pembaca, persembahan Saturday Night Fever- The Musical 2015 akan kembali dipentaskan di Istana Budaya selama 19 hari pada 5 hingga 13 September 2015.
Lebih 20 salinan album original soundtrack telah dijual di seluruh dunia dan berjaya mendapat pelbagai anugerah dari tahun 1978 hingga 2013, Saturday Night Fever The Musical pastinya akan menarik ramai golongan veteran dan dewasa yang menggemari muzik 70 an dan mereka akan turut diajak menari di Istana Budaya.
Malaysia, are you ready for 70’s Saturday Night Fever… Bee Gees ruled the airwaves!