in ,

Satu Stadium Nyanyi Selamat Pengantin Baru Safawi & Syifa Nikah Bulan Depan?

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Syifa Melvin didakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid tidak lama lagi.

Dakwaan itu timbul apabila tular video di kongsikan di TikTok sekumpulan penyokong yang hadir pada perlawanan JDT menentang Sabah FC sempat menyanyikan lagu ‘selamat pengantin baru’ kepada Safawi.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengapa lagu tersebut dinyanyikan oleh penyokong di stadium.

Apa yang menjadi perhatian, ada segelintir netizen mendakwa Safawi bakal mendirikan rumah tangga dengan Syifa pada bulan hadapan.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa sekampung dengan pemain bola itu sudah mendapat kad jemputan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada tuan badan sendiri mengenai dakwaan netizen itu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

RICO

Rico Setiabudi Abadikan Estetik 80-an dalam Single HANYA TANYA