in

Satu Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia

1 juta tempat duduk percuma di AirAsia.com!

SEPANG, 17 September 2013 – Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia meraikan pencapaian 200 juta tetamu dengan menawarkan 1 juta tempat duduk percuma ke destinasi domestik dan antarabangsa untuk tempahan dalam talian di www.airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone, peranti Android, Blackberry10, dan laman web mudah alih mobile.airasia.com dari 17 September (12 malam, GMT +8) – 22 September 2013 (11.59 malam, GMT +8).

Destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Alor Setar dan Kota Kinabalu adalah antara yang ditawarkan tempat duduk percuma, manakala laluan intra Malaysia Timur seperti Kota Kinabalu – Miri, Sandakan, Tawau dan Kuching, serta dari Kuching – Kota Kinabalu, Bintulu, Miri, Sibu dan Singapura juga ditawarkan! Antara destinasi antarabangsa yang disertakan dalam promosi tempat duduk percuma ini termasuk Singapura, Brunei, Hat Yai dan banyak lagi.

Selain daripada tempat duduk percuma, AirAsia juga menawarkan tempat duduk tambang promosi dengan tambang asas dari serendah RM2 sehala, tidak termasuk cukai dan yuran ke destinasi seperti Bali, Bandung, Medan, Jakarta, Surabaya dan banyak lagi.

Destinasi lain seperti Bangkok, Krabi, Yogyakarta, Miri, Sandakan dan Kuching juga boleh didapati dengan tambang asas serendah RM22 sehala, manakala Manila, Phnom Penh, Siem Reap, Bandar Ho Chi Minh, Phuket, Labuan dan Tawau hanya dari RM52 sehala. Lebih destinasi seperti Hong Kong, Macau, Yangon, Vientiane dan Hanoi juga boleh didapati dari RM72 sehala dan tetamu juga boleh terbang ke Nanning, Kunming, Shenzhen, Guangzhou dan Trichy dari RM102 sehala. Semua tambang tercatat adalah tambang asas, dan cukai dan bayaran yang dikenakan adalah dari RM26 dan seterusnya.

Tempoh perjalanan untuk kempen ini adalah dari 7 Januari -5 Ogos 2014.

Siegtraund Teh, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Kami telah menyambut tetamu ke-100 juta kami pada bulan Oktober 2010, dan sukar dipercayai bahawa kami telah berjaya mencapai dua kali jumlah tersebut dalam hanya 3 tahun. Melepasi jumlah 200 juta tetamu adalah kejayaan yang sangat membanggakan dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua para tetamu kami di atas sokongan mereka terhadap misi AirAsia ‘Kini Sesiapapun Boleh Terbang’. Kami berharap semua tetamu akan menikmati sepenuhnya tempat duduk percuma dan tempat duduk tambang benar-benar rendah yang kami tawarkan, serta mendapat faedah daripada kekerapan penerbangan dan laluan baru yang kami tambahkan ke dalam rangkaian kami yang merentasi 85 destinasi di 20 buah negara.”

AirAsia X, penerbangan jarak jauh dan anak syarikat AirAsia juga menawarkan tambang promosi bersempena dengan kempen tempat duduk percuma* ini, dengan tambang termasuk semua dari serendah RM249* ke China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai) dan Korea (Busan, Seoul), RM269* ke Taiwan (Taipei), ke Jepun (Osaka, Tokyo), ke Australia (Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast) dan RM299* untuk Nepal (Kathmandu) dari Kuala Lumpur.

Azran Osman-Rani, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata, “Melalui promosi ini, para tetamu berpeluang untuk merancang perjalanan ke pelbagai destinasi, dari destinasi jarak jauh kami ke destinasi-destinasi lain di dalam rangkaian laluan Kumpulan AirAsia. Dengan kemudahan yang tersedia melalui penerbangan Fly-Thru, para tetamu dari destinasi jarak jauh kami seperti Australia, China, Korea, Jepun, Nepal dan Taiwan boleh menyambung perjalanan dengan lancar ke lebih 85 destinasi di dalam rangkaian laluan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia.”

Juga ditawarkan adalah promosi Fly-Thru bagi penerbangan jarak jauh kami, dengan tambang termasuk semua dari serendah RM319* sehala dari Malaysia ke Jepun, Korea, Taiwan, Australia, Korea dan China atau sebaliknya.

Bagi para tetamu yang inginkan perjalanan dengan keselesaan tambahan, dapatkan flatbed Premium AirAsia X dengan tambang rendah termasuk semua dari serendah RM799* sehala dari Kuala Lumpur ke China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Australia (Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast), Nepal (Kathmandu), Korea (Busan, Seoul) dan Jepun (Osaka, Tokyo).

Tempat duduk flatbed premium menyediakan soket kuasa universal, penyandar kepala boleh laras dan utiliti peribadi seperti meja dulang, pemegang minuman, lampu membaca dan skrin privasi. Tetamu tempat duduk Premium juga dapat menikmati produk dan perkhidmatan premium secara percuma termasuk Pilihan Tempat Duduk, Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Menaiki Pesawat, Keutamaan Bagasi, Peruntukan Bagasi 25kg, Hidangan Percuma dan Bantal & Duvet.

Tetamu digalakkan untuk menempah awal peruntukan bagasi secara dalam talian, bersama dengan tempahan penerbangan untuk mendapatkan penjimatan sehingga 66%, berbanding mendaftar masuk beg di kaunter lapangan terbang di saat akhir.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Tayangan Eksklusif Filem GRAVITY – Sensasi Selebriti

Ramalan Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka TV9