DANSA Pengembaraan Tarian kini bersambung
Dokumentari gaya hidup dan tarian tradisional kegemaran ramai kini kembali untuk musim yang kedua
Mangunatip, Monggigol Sumundai, Pakkarena, Sewang – nama-nama unik ini adalah antara tarian tradisional yang akan dipaparkan pada musim kedua dokumentari tarian yang berjudul Dansa II –The Journey Continues.
Dokumentari ini mengupas mengenai tarian traditional dari pelbagai lokasi, tempatan dan antarabangsa, termasuklah Malaysia, Makassar, Macau, Thailand, dan Taiwan.
Bersama Sasha Bashir yang merupakan seorang pengacara, penari dan penghibur, penonton akan dibawa melawat pelbagai lokasi menarik untuk mempelajari tarian tradisional daripada pakar-pakar tarian yang masih meneruskan warisan seni itu dalam komuniti mereka. Selepas mempelajari tarian selama tiga hari, Sasha akan mempersembahkan tarian berkenaan di hadapan khalayak ramai.
Dokumentari ini berjaya memaparkan keunikan kebudayaan dan tradisi yang ingin ditonjolkan. Para penonton berpeluang menjelajah bersama pengacara dalam menimba pengalaman baru, bukan sahaja dalam tarian tradisional tempatan, malah akan dapat menonton gaya hidup pelbagai kaum, tempat-tempat menarik, makanan, tugu peringatan, serta adat tradisi.
Sambil Sasha mempelajari tarian, penonton berpeluang berkongsi pengalaman dan kesusahan yang dialaminya untuk mempelajari tarian warisan budaya baru dalam tempoh tiga hari.
Tambahan pula, penonton juga dapat mempelajari pelbagai jenis gerakan dan nuansa yang membuatkan suatu tarian itu unik. Setiap langkah untuk menyempurnakan sesebuah tarian dirakamkan, termasuklah pemilihan kostum, aksesori, muzik, nilai sejarahnya, serta signifikan kesemua elemen itu akan dipaparkan.
“Peminat tarian dan budaya pasti akan terpesona untuk mengetahui bahawa Saluran Ceria Anda bakal menayangkan musim kedua dokumentari Dansa,” kata Emilya Abdul Rahim, Pengurus Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Komunikasi Penjenamaan ntv7.
Mohd Fadli Mazlan, penerbit dan pengarah DANSA Musim ke-2
“Dijamin akan menghiburkan seluruh keluarga anda, Dansa musim kedua akan menampilkan tarian dan lokasi baru seperti Taiwan, Makkasar, Macau dan Thailand. Kami ingin berterima kasih kepada semua penaja yang membantu dalam menjayakan penerbitan ini, termasuklah Reebok, Canon, Thai Tourism Authority, Macau Tourism, Taiwan Tourism, Air Asia dan Air Asia X”, tambah Emilya.
Buku yang diadaptasi daripada judul Dansa musim pertama bertajuk “Dansa: A Dance Journey” telah diterbitkan pada tahun 2009. Buku kulit tebal 200 mukasurat ini mengandungi lebih daripada 250 gambar-gambar menarik belakang tabir yang tidak pernah disiarkan serta detik-detik bermakna ketika Sasha Bashir dan krew produksi mengembara ke 13 lokasi untuk penerbitan rancangan ini. Buku ini juga mengandungi bahagian khas yang memaparkan edisi belakang tabir di setiap lokasi penggambaran dan. boleh didapati di semua kedai buku utama Malaysia.
Buku baru berjudul ‘Dansa II – The Journey Continues’ pula boleh didapati mulai Jun 2011. Buku ini mengandungi pelbagai tarian baru seperti yang akan dipaparkan dalam musim kedua.
Musim pertama dokumentari ini dalam bahasa Inggeris telah ke udara di ntv7 pada tahun 2009 manakala versi bahasa Melayunya pula telah disiarkan di TV3 pada tahun yang sama. Untuk menyelami pelbagai budaya dan tarian, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Dansa 2 pada setiap Khamis mulai 10hb Mac jam 7:30 petang hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.
Musim pertama dokumentari Inggeris ini ke udara untuk julung kalinya pada tahun 2009 dengan versi Melayunya di TV3 dalam tahun yang sama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my ataupun http://mobile.ntv7.com.my.
Peminat juga boleh melayari http://sashabashir.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai rancangan dan buku Dansa, serta hos dan penulisnya, Sasha Bashir.