in

Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley Pengacara Akademi Fantasia 8

Akademi Fantasia musim ke-8 buka lembaran baru dengan melantik NORMAN KRU sebagai pengetua bersama barisan tenaga pengajar dan pengacara berpengalaman.

Ini menjadikan NORMAN KRU sebagai pengetua paling muda sepanjang sejarah Akademi Fantasia.

Namun, Budiey teruja dengan kata-kata beliau yang sangat positif dan optimistik apabila ditanya apakah pembaharuan yang akan dibuat. Menurut Norman, beliau bukan setakat untuk mencipta bintang, malah kalau boleh beliau mahu melahirkan seorang lagenda. Bukan sekadar keluar AF, terus berkubur atau hanya bertahan setahun dia saje. Sekurang-kurangnya, bintang yang bakal dilahirkan boleh bertahan sekurang-kurangnya 4-5 tahun.

Di Majlis Sidang Media Pengumuman AF8 yang diadakan di Level Se7en, Hotel Hilton jam 8 malam semalam, Norman KRU telah diumumkan sebagai pengetua sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki tentang siapakah yang bakal menerajui akademi pada tahun ini.

Norman KRU harap bakal pelajar mengutamakan disiplin. Peringkat awal, AF akan mengubah karakter dan sikap para pelajar. Dari segi pengarahan muzik, beliau tak nak program ini menjadi bosan. Jadi setiap minggu akan ditampilkan tema dan kepelbagaian muzik.

Di masa sekarang, cara pemilihan artis dah berubah. Apa yang penting adalah sejauh mana keberkesanan setiap pelajar amal dengan apa yang dipelajarinya. Selain tak nak ada klon mana-mana penyanyi yang sedia ada, Norman ingin melahirkan bintang yang boleh pergi jauh.

Mengambil contoh kejayaan Adam yang tercatat sebagai seorang artis paling senior dalam pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular, ianya memberi isyarat bahawa di Malaysia ini majoriti penyanyinya adalah dari kalangan remaja dan bintang kelahiran program realiti TV.

Tahniah NORMAN KRU!

Selain mahu menerapkan artistik dan bakat, nilai komersial juga penting. Kalau tidak, pelajar takkan kemana-mana. Itu pentingnya usaha untuk meluaskan lagi bakat untuk dijual. Sebagai contoh, lagu-lagu kena dimainkan di radio dan TV bagi memastikan masyarakat dapat menerima seseorang pelajar.

Antara tenaga pengajar AF8:

  1. Siti Hajar – Guru Vokal Teknikal
  2. Linda Jasmine – Guru Tari
  3. Adnan Abu Hassan – Guru Vokal Persembahan
  4. Fatimah Abu Bakar – Kaunselor fan Guru Bahasa Inggeris
  5. Que Haidar – Jurulatih Drama

Linda Jasmine

Pasangan suami isteri pertama kedua jadi tenaga pengajar selepas M.Nasir & Marlia Musa.

Adnan Abu Hassan

SARIMAH IBRAHM dan JIMMY SHANLEY juga telah diumumkan sebagai pengacara Akademi Fantasia 8. Kedua-dua wajah eksklusif Astro ini akan menjadi hos untuk Konsert AF8 mingguan.

Jimmy Shanley

Jimmy ‘nervous’ untuk jadi hos AF8

Sarimah Ibrahim

Oh! Patutlah Jimmy Shanley bersara untuk jadi hos Trek Selebriti. Dapat rezeki besar rupanya.

Kenapa perlu ada 2 orang pengacara di Konsert AF? Adakah Sarimah dan Jimmy tak yakin?

Sebenarnya, ini bukan elemen baru sebab sebelum ni kita dah tonton program realiti TV lain seperti Sehati Berdansa yang menampilkan 2 orang pengacara. Yang penting, Astro begitu yakin dan bangga dengan kebolehan setiap hos. Ini juga memberi peluang kepada hos baru untuk menimba pengalaman.

Bertemu dengan Sarimah semalam, Budiey ada bertanyakan tentang The Biggest Loser Asia yang mana Sarimah menjadi hos untuk program No.1 di saluran Hallmark itu.

Budiey: Sarimah, The Biggest Loser Asia dah tamat eh?

Sarimah: Yea dah tamat.

Budiey: Sape ek pemenang dia?

Sarimah: Eh, mana boleh kasi tau. (Sambil buat isyarat men’zip’kan bibir munggilnya.)

Apa-apa pun, Budiey rasa pengalaman jadi hos Diari AF selama 2 musim semenjak AF6 dan mengacarakan program antarabangsa versi Asia, The Biggest Loser Asia menjadi tiket utama pemilihan Sarimah Ibrahim untuk mengacara siaran langsung Konsert AF bersama Jimmy Shanley.

Dengarnya, bayaran untuk jadi hos AF8 memang agak berbaloi jugak. Tapi taklah setanding dengan bayaran Aznil. Berapa ratus ribu tu, tak dapat dipastikan.

Selain itu, ada beberapa perubahan format dalam AF kali ini:

  1. Diadakan siaran langsung Debaran AF pada hari Ahad di mana penyingkiran pelajar akan diumumkan. Jadi, penonton ada banyak masa menilai prestasi persembahan pelajar untuk menonton selain dapat enjoy konsert tanpa sibuk untuk mengundi. Format ini seperti yang dibuat di Sehati Berdansa, Do You Think You Can Dance, American Idol dan banyak lagi program.

Ini menepati matlamat AF untuk melahirkan bintang AF yang benar-benar berkualiti dan tidak lagi menjadi mangsa kepada undian SMS gara-gara kesuntukan masa. Pihak  Astro menyangkalkan format ini dibuat untuk mengaut keuntungan.

AF8 akan bermula pada 13 Mac 2010 hari Sabtu dengan menyiarkan Tirai AF – sebuah konsert pengenalan (prelude) yang memperkenalkan pelajar baru AF8 pada jam 9 malam.

AF8 julung-julung kali menjadi ditaja oleh Cerebos (Pati Ayam Brands) sebagai penaja utama. Cerebos juga telah menaja Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com pada 24 Januari lalu.

Senarai para pelajar AF8 yang berjaya terpilih akan diumumkan di sidang media akan datang pada 9 Mac 2010.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hallmark Channel is the #1 Astro English Channel in Malaysia

Program ntv7 Sempena Tahun Harimau 2010