in

Sarapan Pagi JoHaRa Bersama Rakan Media

Tahun 2016 merupakan tahun ke-5 Rancangan Sarapan Pagi ERA fm, JoHaRa Pagi ERA yang dikemudikan oleh Johan, Haniff dan Ray ke udara.

Berkat kesabaran dan kerjasama dari pelbagai pihak yang terlibat, JoHaRa telah berjaya menarik 2.6 juta pendengar setiap minggu serta mendapat liputan yang positif mengenai kejayaan mereka terutamanya dikalangan pihak media.

JOHARA - ERA

Sebagai tanda menghargai sokongan para media, Astro Radio akan mengadakan Sarapan Pagi JoHaRa Pagi ERA Bersama Rakan Media pada 4 Febuari 2016, Khamis ini.

Sesi sarapan pagi bersama ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan meraikan rakan-rakan media yang banyak membantu dari sudut publisiti terhadap stesen ERA fm dan barisan penyampai ERA fm.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut, JoHaRa akan menemubual para wartawan hiburan mengenai isu-isu dan gossip semasa mengenai artis-artis serta apa jua perkembangan hiburan terkini serta pengalaman mereka bekerja sebagai wartawan hiburan. Selain itu, para wartawan turut disajikan dengan menu sarapan pagi yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Yusuf Tayyob.

Turut hadir memeriahkan sesi ini nanti adalah pengemudi JoHaRa (Johan, Haniff & Ray) yang akan bersiaran secara langsung bermula jam 6 pagi sehingga 10 pagi.
Beberapa artis tanahair turut hadir bagi memeriahkan lagi sesi ini.

Dato' Siti Nurhaliza Terima Anugerah Super Johara Show dari ERA FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Smartphones & Connected Devices Enter a New Phase of Maturity

Drama Sha dan Shah Trending di Youtube Malaysia