in , , ,

Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie dalam THE HOUSE Musim Ke-5

Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie terajui musim terbaharu program realiti terbitan portal ‘Gempak’ dengan pengembaraan yang berbeza. Jom ketahui fakta tentang program THE HOUSE musim ke-5 ini.

Musim ini The House Season 5 membawakan bintang-bintang BBNU seperti Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Imann. Saksikan gelagat-gelagat mereka apabila mereka disatukan di dalam sebuah rumah! Mampukah mereka menahan diri dengan karenah antara satu sama lain apabila melakukan pelbagai aktiviti bersama?

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

Format Dan Info Siaran Program Realiti Digital THE HOUSE

Bagi memberi lebih pilihan untuk kandungan alaf baharu, portal hiburan Gempak membawakan kembali program realiti digital ‘The House’ untuk musim yang kelima menerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital.

Masih mengekalkan format realiti yang sama tetapi kali ini dengan kisah pengembaraan yang berbeza, ‘The House’ musim kelima bakal menampilkan tiga bintang popular generasi ‘BBNU’ yang namanya kian melonjak selepas menyertai pertandingan nyanyian ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann danWani Kayrie sebagai tonggak utama untuk musim ini.

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

 THE HOUSE Musim Kelima Angkat Bintang Alaf Baharu ‘Bbnu’

Seperti musim-musim sebelum ini, program ‘The House’ yang berdurasi selama 22 minit sepanjang lima episod ini bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempakiaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasamulai 19 Mac 2019 untuk pilihan yang fleksibel merentasi sempadan. 

Ini diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

Terdahulu, program realiti ‘The House’ pernah menampilkan trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong & Yaya Maembong untuk menjayakan musim pertama, jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga) serta Fattah Amin & Alvin Chong (musim keempat).

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

“Kami menyambut baik perkembangan lanskap seni yang menyaksikan fenomena kebangkitan luar biasa daripada kalangan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ yang semakin menguasai industri hiburan masa kini. Meskipun masih dianggap ‘hijau’, namun kehadiran dan bakat mereka dengan pantas meraih populariti bukan calang-calang dan dilihat setara dengan penghibur yang lebih berpengalaman. Profil seni angkatan ‘BBNU’ ini juga boleh dianggap cemerlang sehingga ramai di antara mereka yang berpeluang untuk beraksi di acara-acara besar dan turut bertanding di pentas berprestij.

Melihat kepada trend terkini yang didominasikan oleh angkatan ‘BBNU’ tersebut, kami berpendapat ini momen yang terbaik untuk mengetengahkan mereka menerusi penerbitan terbaharu program realiti ‘The House’. 

Sama seperti musim-musim terdahulu, ‘The House’ musim kelima masih mengekalkan tradisi meletakkan nama-nama popular yang mempunyai pengaruh kuat di media massa terutamanya di jaringan media sosial sebagai tonggak utama untuk menjayakan program ini. 

Sehubungan dengan itu, pemilihan Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai selebriti jemputan dilihat menepati kriteria utama yang diperlukan oleh ‘The House’ untuk menarik hati penonton sasaran kami. Semoga muaim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak.

Kami turut berbesar hati dengan kehadiran Nivea yang turut ‘mengharumkan’ penerbitan musim terbaharu ‘The House’ selaku penaja utama. Semoga kolaborasi seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.”

– Nazihah Dalhar, Ketua Kandungan Gempak
THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

TRIVIA ‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

  1. ‘The House’ musim kelima terbitan Gempak Studiosini mendapat sentuhan kreatif yang sepenuhnya daripada tenaga produksi dalaman Astro. 
  • Lokasi utama penggambaran program realiti ‘The House’ telah dijalankan di sekitar Janda Baik dan Kuantanserta mengambil masa hanya 6 hari untuk diselesaikan.
  • Sudahpun memasuki musim yang kelima, format asal program yang berkonsepkan kandungan digital kompak masih dikekalkan kerana kelebihan itu membolehkan program ini dinikmati secara mudah alih mengikut citarasa dan keselesaan penonton tanpa perlu bergantung kepada peti televisyen semata-mata.
  • Selain Sarah Suhairi, Sissy Imanndan Wani Kayrie,penerbitan musim ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti jemputan sebagai penampilan khas yang terdiri daripada Ariff Bahran, AG Coco, Ghaz Abu Bakar, Shikin Gomez danSufian Suhaimi.
  • Kesemua barisan selebriti terlibat dengan musim ini telah dipilih secara teliti demi mendapatkan keserasian yang berkesan dan tidak dibuat-buat. Personaliti juga penting dalam proses pemilihan selebriti kerana format program ini adalah berkonsepkan realiti. 
THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

BARISAN SELEBRITI ‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

TERAJU UTAMA

Sarah Suhairi 

Wani Kayrie 

Sissy Imann

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

PENAMPILAN ISTIMEWA

Ariff Bahran

AG Coco

Sufian Suhaimi

Shikin Gomez

Ghaz Abu Bakar

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

SINOPSIS ‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

Menerusi ‘The House’, para peminat bepeluang untuk menyaksikan keakraban dan kemesraan hubungan persahabatan yang terjalin di antara Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie. Para peminat juga dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat lucu dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini. Sepanjang mereka berada di dalam ‘The House’, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat. 

THE HOUSE’ MUSIM KELIMA
THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

MENGENAI GEMPAK 

Gempak adalah jenama digital hiburan melayu Astro yang menyampaikan penceritaan hiburan digital yang terkini dan ‘pop culture’ kepada audiens ‘Malaynials’. Merupakan salah satu jenama hiburan melayu paling popular di Malaysia, dengan 375 juta tontonan digital keseluruhan sepanjang tahun 2018, pengikut Facebook 2.4 juta dan Instagram 1.9 juta, merupakan ‘infotainment’ Melayu pertama yang mencecah lebih 1.5 juta subscribers di YouTube. Bukan sahaja di Malaysia, malah 2 juta pengunjung unik Gempak adalah dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Amerika Syarikat. Gempak merupakan perintis digital kepada rancangan digital, dan ‘live stream’ untuk ‘The House’, ‘3 Gadis Manis’, ‘Pas.kal 24 Jam’ dan banyak lagi untuk memenuhi cita rasa penonton digital masa kini.

MENGENAI NIVEA

NIVEA dilancarkan pada tahun 1911 sebagai krim kulit kosmetik berkualiti tinggi yang mampu milik, mempunyai legasi selama 100 tahun dan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia. NIVEA memahami keperluan kulit anda. Itulah sebabnya kami mencipta produk yang membersih, melembap dan melindungi kulit anda, dengan memberi keperluan kepada kulit; penjagaan lembut dan berkesan yang menjadikan kulit anda licin, lembut serta cantik berseri. Tidak kira siapa, apa yang anda lakukan, atau di mana anda tinggal, kami berada di sini untuk membantu anda menikmati penjagaan kulit yang lebih baik untuk seumur hidup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Reaches Out To Pasir Gudang Victims

Selepas PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh Bakal Arah Filem Aksi WIRA