in , ,

Sarah Suhairi Sah Bergelar Isteri Kepada Aswad Mohd Anuar, Duda Anak Tiga

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Sarah Suhairi yang sah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar pagi tadi merupakan berstatus duda kepada tiga orang cahaya mata.

Sarah, yang sudah berjumpa dengan tiga anak tirinya ketika perkenalan dengan suaminya, tidak kisah menjadi ibu ‘segera’. “Ketika perkenalan awal, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal. Kami juga tidak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkawan,” kata Sarah.

Sarah berkata dia telah berjumpa dengan tiga puteri Aswad yang menerima kehadirannya dengan baik. “Kawan-kawan rapat saya pun sudah bertemu dengan anak-anak Aswad, dan mereka sudah kenal baik. Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya ibu,” katanya lagi.

Sarah Suhairi Sah Bergelar Isteri Kepada Aswad Mohd Anuar, Duda Anak Tiga

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Sarah berkata mereka berkenalan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan kedua-duanya meminati sukan berkuda. Suaminya, Aswad, adalah jurulatih sukan berkuda dan pensyarah.

Sarah Suhairi Sah Bergelar Isteri Kepada Aswad Mohd Anuar, Duda Anak Tiga

“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad selain pensyarah adalah jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya pula aktif dalam sukan berkuda sejak usia 14 tahun, jadi kelompok kawan kami adalah orang yang sama. Dari situlah tercetusnya perkenalan. Apa pun sepanjang empat tahun berkawan, kami tidak berahsia kerana Aswad sering temani saya ke majlis tertentu. Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,” tambahnya.

Sarah dan Aswad mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu. Dalam majlis serba indah pagi tadi, Sarah menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 berupa gelang tangan emas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TikTok Malaysia Merealisasikan Impian Melalui TikTok Awards 2024

Tahniah Buat 390 Usahawan Spire Yang Berjaya Capai Jualan RM1 Juta Pertama