Ramai yang terkejut dan kecoh di laman sosial apabila Sarah Hildebrand kini mengambil keputusan untuk membuka tudung atau tidak mengenakan hijab lagi. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sarah tidak menulis sebarang kapsyen pada gambar tersebut sebaliknya hanya meletakkan simbol hati dan memetik nama akaun Instagram suaminya, Otto Gillen.
Tindakan pelakon berusia 30 tahun ini telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang ingin mengetahui adakah benar Sarah sudah tidak berhijab atau pun tidak.
Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen di foto berkenaan, malah turut bertanya perkara itu kepada suami pelakon tersebut.
Sarah sebelum ini mula mengenakan hijab sejak September 2015.
Awalnya, ramai menjangka tindakan Sarah hanya memuatkan foto lama. Bagaimanapun, selepas diteliti menerusi IG Story miliknya, Sarah tidak lagi memakai tudung.
Sarah seolah-olah mahu peminat menerima keputusannya itu dengan hati terbuka kerana dia turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagramnya.
Kemudian menerusi IG Stories, Sarah turut memuatnaik tiga video pendek berkenaan dengan soalan yang diajukan oleh netizen.
Sarah menjelaskan soalan yang diajukannya itu hanya untuk menjadi renungan bersama dan tidak memerlukan jawapan.
Sarah juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan terus mendoakan serta memberi sokongan kepadanya tanpa menilai dirinya.
“Soalan terakhir di Instastory saya itu sebenarnya rhetorical question. Jika anda tidak tahu apa maksudnya, itu bermakna saya tidak mahu jawapannya.
– Sarah Hildebrand
Berkata kepada Berita Harian, Sarah mengesahkan tidak lagi berhijab.
“Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan.
“Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri,”
– Sarah Hildebrand
Sarah turut memuat naik status menerusi IG Story dengan mempersoalkan sikap sesetengah manusia yang dilihat warak dan pandai ilmu agama, tetapi pantas menyebarkan kebencian dan tidak bertimbang rasa.
“Status ini hanya bersifat persoalan. Saya tak mahukan jawapan pun atas persoalan ini. Ia lebih kepada sudah terang lagi bersuluh. Saya biarkan kalian berfikir mengenainya,”
– Sarah Hildebrand
Sementara itu, Otto menerusi perkongsian menerusi IG Story turut memuat naik gambar yang sama mengatakan, dia menyokong keputusan isterinya.
“Saya menyokong sepenuhnya keputusan peribadi isteri. Ini adalah satu-satunya respon saya. Jangan mesej saya,”
– Otta
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan para peminat Sarah Hilderbrand meluahkan rasa kurang senang dengan perubahan mendadak pelakon kesayangan mereka itu. Tidak kurang juga ada yang berharap agar Sarah akan kembali berhijab dan istiqomah.
Sarah dan Otto mendirikan rumah tangga pada November 2019. Bagaimanapun, mereka belum dikurniakan cahaya mata.