Santai pukul 2.00 petang anda sepanjang cuti sekolah ini di TV2 pastinya lebih bermakna dengan meluangkan masa menyaksikan lima filem animasi menarik yang dihidangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Ikuti tayangan lima filem animasi disiarkan berturut-turut bermula dengan filem “Garfield†(6 Jun Ini), “Chicken Little†(7 Jun Ini), “Yogi Bear†(8 Jun Ini), “Monster Inc†(9 Jun Ini) dan “Toy Story 3†(11 Jun Ini).
Santai Petang Bersama Slot “School Break Special†di TV2
[dropcap]F[/dropcap]ilem komedi keluarga, “Garfield†bergenre komedi arahan Peter Hewitt dan ditulis oleh Joel Cohen dan Alec Sokolow ini hasil adaptasi dari buku komik yang ditulis oleh Jim Davis dengan judul yang sama. Garfield dibintangi oleh Breckin Meyer, Jennifer Love Hewitt, Bill Murray, Alan Cumming, David Eigenberg dan Bard Garett. Ia bercerita tentang Garfield (Bill Murray), seekor kucing yang besar, malas dan suka mengacau Jon Arbuckle (Breckin Meyer).
Jon tinggal bersama teman serumah lainnya iaitu Odie yang merupakan seekor anjing yang sering mengganggu Garfield.
[pullquote align=”right”]Ketika Garfield sudah muak dengan perlakuan Odie kepadanya, ia memikirkan cara untuk menyingkirkan anjing tersebut. Namun semua berubah setelah Garfield berubah tanggapan tentang Odie.[/pullquote]
Riuh rendah aksi seorang ayam yang comel apabila muncul makhluk asing di bumi mewarnai plot filem “Chicken Little†sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutama kepada kanak-kanak kerana ia membawakan mesej yang positif kepada mereka. Kisahnya bermula apabila watak seekor ayam dikenali Chicken Little cuba membuktikan bahawa walaupun mempunyai bentuk tubuh yang kecil namun itu tidak akan menjadi alasan untuk berjaya.
Ini semua terjadi apabila Chicken Little telah mendapat petanda bahawa langit akan runtuh dan telah menjadi satu bandar kacau bilau tetapi pada hakikatnya tiada apapun yang berlaku. Selepas kejadian itu yang memalukan keluarganya lebih-lebih lagi ayahnya, Chicken Little berusaha untuk memulihkan semula keadaan dengan melakukan sesuatu yang boleh membanggakan ayahnya. Apakah yang dilakukan makhluk comel itu?
Sementara itu filem“Yogi Bear†yeng meminjam suara aktor terkenal Dan Aykroyd dan Justin Timberlaku mengisahkan Yogi dan musuhnya, Boo Boo adalah pengacau paling terkenal Jellystone Park. Begitu juga Ranger Smith. Tetapi apabila Datuk Bandar Brown mengumumkan rancangannya untuk menjual Jellystone Park kepada pembalak, Yogi, Boo Boo dan Ranger Smith mesti bergabung tenaga untuk menyelamatkan tapak perkhemahan kesayangan mereka daripada ditutup untuk selama-lamanya.
Menonjolkan sisi lain seekor monster, filem “Monster Inc†pula berkisah tentang kehidupan monster di kota Monstropolis. Kota Monster tersebut mendapat tenaga untuk kehidupan sehari-hari dengan cara menakutkan anak-anak manusia. Sebuah perusahaan dikenali Monsters, Inc. setiap hari mengumpulkan jeritan anak-anak manusia dengan mengirim monster terlatih berada pintu menghubungkan dengan dunia manusia. Ketika itu seekor monster bernama James Sullivan (John Goodman) dan kawannya, Mike Wazawski (Billy Crystal). Masalah kemudian muncul saat seorang anak (Mary Gibbs) masuk ke Monstropolis tanpa sengaja dan menyebabkan kekacauan di seluruh kota. James dan Mike kemudian bekerjasama menemukan penyelesaiannya.
Akhir sekali saksikan “Toy Story 3†yang pastinya mencuit hati penonton dengan memaparkan tentang kitaran hidup sesebuah alat permainan yang menghadapi pelbagai dilema apabila pemiliknya, Andy meningkat dewasa. Mereka melalui pengembaraan yang sukar sebelum dipertemukan dengan pemilik baharu yang baik seperti Andy. Di antara barisan pelakon terkenal yang menjadi suara latar di dalam filem animasi ini adalah Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusack, Kelsey Grammer dan ramai lagi.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.