Lanjutan waranti selama 30 hari telah diberikan dimana ia ia melibatkan semua produk termasuk perkakas elektronik sama ada peti sejuk, TV, telefon pintar dan lain-lain lagi. Menurut Samsung Malaysia, lanjutan ini terpakai kepada produk yang tamat tempoh waranti diantara 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020
Langkah ini dijalankan ekoran daripada pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir pada 28 April kelak. Menurut Samsung Malaysia, sepanjang tempoh PKP ini dikuatkuasakan, pusat baik pulih mereka tidak boleh beroperasi dan menyukarkan pengguna untuk membuat urusan berkaitan waranti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat waranti untuk setiap produk Samsung boleh lanjutkan bacaan disini – Samsung Warranty Information.