Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan inisiatif baharu – “A Rising Star” – untuk memberi inspirasi dan menyatukan anak muda Malaysia, bintang-bintang yang bakal menyinar, melalui satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Sebagai peneraju global dalam teknologi mudah alih, A Rising Star membuktikan komitmen Samsung Malaysia untuk membantu meningkatkan industri seni dan muzik tempatan dengan menyediakan platform bagi anak muda hari ini untuk menikmati seni dan muzik – menerusi ciri-ciri unik pada Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.
Seni dan muzik, khususnya adalah teras dalam budaya belia dan memainkan peranan penting untuk mempertingkat kemahiran sosial mereka dan cara mengekspresikan diri dalam bentuk kreatif. Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk membawa anak-anak muda bersatu melalui minat yang dikongsi bersama dan memberi penghargaan untuk seni dan muzik tempatan, malah ia juga untuk menarik potensi anak muda lain dan menyatukan semua lapisan masyarakat.
“Anak muda hari ini mempengaruhi arah aliran semasa dalam budaya yang dapat kita lihat dan perkara itu diilhamkan, diinspirasikan dan direka menggunakan telefon pintar mereka. Minat dan semangat mereka untuk mencipta sesuatu tidak pernah berhenti dan teknologi inovatif Samsung adalah padanan sempurna untuk anak muda di Malaysia dan seluruh dunia, bagi menggalakkan mereka untuk menyalurkan kreativiti serta meneruskan minat dan impian mereka,” kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics.
Melalui inisiatif ini, Samsung akan menggerakkan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung dalam usaha untuk memberikan peluang buat belia untuk merakam dan melalui pengalaman yang luar biasa.
Menyokong Industri Muzik Tempatan bersama Universal Music Malaysia
Universal Music Malaysia dan Samsung sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran video muzik (MV) oleh artis tempatan yang semakin meningkat – MV yang bertemakan Raya berjudul Raya Raya Raya, oleh penyanyi wanita berkumpulan DOLLA.
Video muzik Raya Raya Raya menyentuh perbezaan cara tradisional dan moden dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana kepesatan inovasi teknologi pada hari ini telah membentuk bagaimana hari penting diraikan, terutama kepentingan alat dan platform media sosial yang begitu ketara dalam mempengaruhi interaksi antara keluarga dan rakan-rakan. Melalui semangat dan keadaan itu, Samsung juga melancarkan Cabaran TikTok DOLLA pada 1 Mei 2021 – untuk menyertainya, hanya menari dengan lagu Raya baharu DOLLA dan dapat berpeluang untuk memenangi sebanyak 9 unit Galaxy A32 yang Samsung akan berikan!
Selain itu, Samsung dan Universal Music juga akan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang membantu memperkasa belia untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik melibatkan artis tempatan yang semakin meningkat iaitu, Jeii Pong dan Gaston Pong yang juga dikenali sebagai “PongPong”.
“Kami rasa berbesar hati untuk menjalin kolaborasi besar-besaran bersama Samsung dengan pelancaran Raya Raya Raya. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting buat DOLLA sebagai selebriti tempatan yang baharu dan bagi kami di Universal Music Malaysia. Keseluruhan idea adalah untuk memperkenalkan DOLLA sebagai selebriti baharu yang semakin meningkat dan dikenali, juga untuk memperkukuh kehadiran mereka di pentas tempatan, serantau dan akhir sekali di peringkat global. Ia sememangnya peluang terbaik untuk bekerjasama dengan jenama besar dan kukuh seperti Samsung, selaras dengan tujuan luar biasa mereka untuk menyokong anak muda dan seni di Malaysia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Samsung untuk kerjasama strategik yang dijalinkan ini,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran TikTok Dolla, sila layari:
Bandar KL Dikuasakan oleh Samsung Galaxy A
Sebagai sebahagian daripada usaha Samsung untuk menceriakan bandar Kuala Lumpur, Samsung mendapatkan artis mural yang paling sesuai untuk bekerjasama bagi mengindahkan bandar tersebut.
Beberapa bangunan ikonik di seluruh Bandar KL telah mengalami perubahan menarik. Hasil lukisan mural pada bangunan REX KL di Chinatown membuatkan bangunan itu tidak lagi nampak usang dan kusam. Ia kini dilitupi dengan lukisan mural berwarna terang yang menampilkan watak dan warna menyeronokkan yang tepat dalam menggambarkan budaya Malaysia, hasil seni daripada pelukis terkenal, Orkibal. Transformasi magis pada bangunan Drop Inn Lodge di Jalan Tun HS Lee pula adalah idea daripada pelukis graffiti handalan, Lowkey. Seni bina ikonik lain iaitu Banunan Seni Zhongshan juga melalui perubahan hasil karya oleh pelukis mural tersohor, Bono Stellar dan dijadualkan akan siap pada penghujung Mei 2021.
Mural yang dihasilkan di seluruh bandar adalah sebagai inspirasi kepada para belia untuk terus mengekspresikan kreativiti dan minat seni mereka kepada dunia – secara bebas dan spontan. Inisiatif yang dinamakan ‘Dikuasakan oleh Galaxy A’ adalah kerana Samsung ingin membawa elemen kreatif dan menyeronokkan dalam siri Galaxy A kepada dunia, seperti yang dilakukan dengan hasil mural ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri Samsung Galaxy A, sila layari: