Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic — menandakan era baharu untuk inovasi jam tangan pintar. Ia adalah jam tangan pintar pertama yang menampilkan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung yang terbaharu, dibina bersama dengan Google™, dan dilengkapi dengan One UI Watch, antaramuka pengguna Samsung yang paling intuitif.
Siri Galaxy Watch4 diperkuat dengan prestasi perkakasan canggih dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan terhubung daripada sebelumnya. Peranti baharu ini telah direka semula sepenuhnya untuk menyediakan kepada pengguna alat terbaik bagi mengurus kesihatan mereka.
“Kami telah melihat pertumbuhan yang luar biasa untuk siri Galaxy Watch kerana pengguna telah menemui faedah kesihatan dan kemudahan alat pakai,” kata
“Kami memahami bahawa perjalanan kesihatan bagi setiap orang adalah berbeza, jadi kami membina rangkaian ciri kesihatan dan kesejahteraan yang kukuh untuk memberi pemahaman lebih mendalam dan bermanfaat kepada orang ramai mengenai kecergasan mereka secara keseluruhan.”
– Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics.
Rangkaian Ciri Kesihatan Paling Canggih
Galaxy Watch4 dilengkapi dengan Sensor BioActive 3-dalam-1[1] Samsung yang inovatif, menawarkan reka bentuk lebih kecil dan kompak yang tidak mengurangkan ketepatan ukuran.
Alat pengukur Komposisi Badan serba baharu kami memberi pengguna pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesihatan dan kecergasan umum mereka, dengan ukuran utama seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan.
Kini, anda boleh memeriksa komposisi badan anda dengan mudah melalui pergelangan tangan dengan hanya dua jari. Dalam masa kira-kira 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data.
Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian anda agar anda kekal terus bermotivasi untuk menjadi yang terbaik. Anda boleh memilih pelbagai panduan senaman, menikmati Cabaran Berkumpulan dengan rakan dan keluarga anda, atau menyediakan gimnasium di rumah dengan menyambungkan Galaxy Watch4 ke Samsung Smart TV anda yang sepadan, di mana kiraan kalori dan metrik kadar degupan jantung boleh dipaparkan di skrin untuk penjejakan yang lebih mudah[2]. Dan apabila anda sudah bersedia untuk berehat, siri Galaxy Watch4 memberikan gambaran yang hampir lengkap mengenai corak tidur anda[3], dengan perincian yang lebih hebat daripada sebelumnya. Telefon pintar anda yang sepadan boleh mengesan bunyi dengkuran[4] anda sendiri, manakala jam tangan pintar anda mengukur tahap oksigen dalam darah ketika anda tidur[5]. Bersama dengan Skor Tidur lanjutan, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai corak tidur untuk mendapatkan rehat yang lebih baik.
Pengalaman Mudah Alih Terunggul, dengan One UI Watch dan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung
Kesederhanaan, kemudahan, dan kecekapan adalah ciri khas bagi jam tangan pintar Galaxy — dan dengan One UI Watch baharu Samsung, dan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung, kami telah menjadikan pengalaman bagi jam tangan pintar dan Galaxy lebih lancar. Dengan One UI Watch, aplikasi yang sepadan akan dipasang secara automatik pada jam tangan anda apabila ia dimuat turun pada telefon anda[6], dan tetapan penting anda – seperti waktu tanpa gangguan dan pemanggil yang disekat – juga akan diselaraskan serta-merta. Auto Switch[7] memastikan fon telinga tanpa wayar anda dapat menukar audio antara telefon dan jam tangan anda, bergantung pada penggunaannya. Anda juga dapat mengawal pengalaman mudah alih anda dengan mudah melalui suara Bixby[8], bezel dan Kawalan Gerakan. Gerakkan lengan bawah ke atas dan ke bawah dua kali untuk menerima panggilan dan putar pergelangan tangan anda dua kali untuk menolak panggilan — atau untuk mengetepikan notifikasi dan penggera.
Siri Galaxy Watch4 juga merupakan generasi pertama jam tangan pintar yang menampilkan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung — platform baharu yang meningkatkan setiap aspek pengalaman jam tangan pintar. Dibina oleh Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan anda untuk menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan anda – dengan aplikasi popular Google[9] seperti Google Maps, dan perkhidmatan Galaxy[10] yang digemari, seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby. Platform baharu ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga[11] yang terkemuka seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang boleh didapati di Google Play. Bersama dengan perkakasan canggih kami dan antaramuka pengguna yang lebih intuitif, anda dapat menikmati pengalaman bersepadu yang lancar dan mudah dengan Galaxy Watch4. Sebagai contoh, kompas terbina-dalam kami yang ditambah baik berfungsi seiring dengan Peta Google untuk memudahkan anda meneroka kawasan baharu.
Membawa Prestasi Hebat Terus ke Pergelangan Tangan Anda
Pengalaman luar biasa ini disokong dengan menaik taraf perkakasan penting termasuk pemproses yang dipertingkatkan, paparan yang lebih kaya, dan memori yang diperluas. Siri Galaxy Watch4 memiliki pemproses 5nm pertama dalam Galaxy Watch – dengan CPU 20% lebih pantas dan RAM 50% lebih banyak, dan GPU 10 kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ini bermakna aktiviti menatal dan melakukan multi-tugas pada siri Galaxy Watch4 menjadi lancar dan mudah. Kami juga telah meningkatkan resolusi pada paparan, sehingga 450 x 450 piksel[12], agar visual tampak lebih tajam dan berbeza. Dengan memori 16GB yang mengagumkan, anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memuat turun dan menyimpan aplikasi, muzik, dan foto kegemaran anda – dengan yakin semuanya tersimpan dengan selamat, terima kasih buat platform keselamatan Samsung Knox.
Kepemimpinan Samsung dalam teknologi eSIM membolehkan pengguna menikmati kebebasan untuk meninggalkan telefon mereka, kerana tahu akan kebolehan jam tangan pintar mereka akan menyelaras dan mengisi jurang secara automatik[13]. Kami juga tahu bateri yang boleh bertahan lama penting untuk jam tangan pintar. Anda boleh mempunyai hayat bateri sehingga 40 jam[14], lebih daripada cukup untuk bertahan dalam perjalanan perkhemahan semalaman – malah ia menyokong pemproses yang lebih pantas, paparan resolusi lebih tinggi, memori yang diperluas dan ciri kesihatan yang lebih sofistikated. Dan jika anda kesuntukan masa dan mementingkan kepantasan, mengecasnya dalam masa 30 minit boleh menyediakan bateri bertahan sehingga 10 jam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, sila klik pautan ini:
※ Semua fungsi, ciri, spesifikasi dan maklumat produk lain yang disediakan dalam dokumen ini adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada faedah, reka bentuk, harga, komponen, prestasi, ketersediaan, dan kemampuan produk adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
※ Beberapa ciri mungkin tidak terdapat pada peranti bukan Samsung. Peranti yang sepadan mungkin berbeza mengikut pasaran, pengendali atau jenama peranti.
※ Google, Google Play, Google Maps, dan Wear OS merupakan tanda dagang Google LLC.
[1] Ciri-ciri Tekanan Darah dan ECG tidak terdapat di Malaysia.
[2] Kini terdapat di Kanada, Korea, UK dan AS. Ciri ini boleh didapati pada Samsung Smart TV AU7000 (2021) dan ke atas.
[3] Digunakan bertujuan untuk kesihatan dan kecergasan umum sahaja. Tidak digunakan untuk pengesanan, diagnosis, rawatan bagi sebarang keadaan perubatan atau penyakit. Ukuran tersebut hanya untuk rujukan peribadi pengguna. Sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Memerlukan aplikasi Samsung Health versi 6.18 untuk melihat rekod.
[4] Untuk merakam dengkuran anda, pakai jam tangan anda semasa tidur dan letakkan telefon anda di permukaan yang rata berdekatan dengan kepala anda, seperti tempat tidur waktu malam, dengan bahagian bawah telefon menunjuk ke arah anda.
[5] Ciri Oksigen Darah (SpO2) bukan bertujuan untuk digunakan sebagai diagnosis penyakit atau keadaan lain, atau untuk penyembuhan, mitigasi, rawatan atau pencegahan penyakit. Ia bertujuan untuk kesihatan dan kecergasan umum sahaja. Ketersediaan ciri ini mungkin berbeza mengikut pasaran.
[6] Terhad untuk aplikasi yang sepadan dengan jam yang dimuat turun melalui Google Play Store. Tersedia selepas menyambungkan jam tangan anda ke telefon pintar. Memerlukan versi terkini Google Play Store pada peranti anda yang disambungkan.
[7] Fungsi ini terdapat pada Galaxy Buds+ dan model terbaharu, dipadankan dengan telefon pintar Galaxy bersama One UI 3.1.1 atau ke atas.
[8] Ketersediaan ciri ini mungkin berbeza mengikut pasaran, pengendali atau peranti.
[9] Ketersediaan aplikasi mungkin berbeza semasa pelancaran. Ketersediaan mungkin berbeza mengikut pasaran, pengendali atau peranti. Bayaran langganan mungkin dikenakan untuk beberapa aplikasi.
[10] Ketersediaan ciri ini mungkin berbeza mengikut pasaran, pengendali atau peranti.
[11] Ketersediaan aplikasi mungkin berbeza semasa pelancaran. Ketersediaan mungkin berbeza mengikut pasaran, pengendali atau peranti. Bayaran langganan mungkin dikenakan untuk beberapa aplikasi.
[12] Berdasarkan Galaxy Watch4 bersaiz 44mm dan Galaxy Watch4 Classic bersaiz 46mm; akan berbeza mengikut model dan saiz.
[13] Sambungan LTE hanya terdapat pada model LTE. Panggilan suara dan mesej teks mandiri pada versi LTE memerlukan pemasangan awal dipadankan dengan peranti telefon pintar Android 6.0 yang dibenarkan atau peranti telefon pintar yang lebih baharu dan pelan tanpa wayar yang berasingan. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda mungkin tidak menyokong panggilan suara secara mandiri, atau sokongan hanya tersedia di kawasan tertentu. Sila semak dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda untuk maklumat lanjut. Fungsi mandiri terhad jika telefon yang dipadankan tidak dihidupkan atau disambungkan ke rangkaian tanpa wayar.
[14] Hayat bateri sebenar mungkin berbeza dan bergantung pada keadaan penggunaan seperti tetapan fungsi, jenis fail main balik, dan kekuatan isyarat Bluetooth.
[15] Diukur tanpa sensor kesihatan.
[16] Diukur tanpa tali.
[17] Wear OS Powered by Samsung boleh berfungsi dengan telefon dengan versi Android terkini (tidak termasuk edisi Go dan telefon tanpa Google Play Store). Ciri-ciri sokongan yang sepadan mungkin berbeza di antara beberapa platform dan negara bergantung kepada perubahan.
[18] Sambungan LTE hanya terdapat pada model LTE.
[19] Pengaktifan peranti hanya tersedia selepas menyambung ke telefon pintar yang menyokong Perkhidmatan Mudah Alih Google.