Dinamakan sebagai Galaxy Unpacked Part 2 acara ini berkemungkinan akan memperkenalkan telefon Galaxy baharu, atau pembaharuan dari model sedia ada.
Terdapat ura-ura yang mengatakan Samsung akan memperkenalkan Samsung Galaxy S21 FE menerusi acara tersebut.
Namun, ia tidak dapat dipastikan memandangkan terdapat isu kekurangan bekalan komponen elektronik yang meruncing di seluruh dunia pada ketika ini.
Acara yang bakal dilangsungkan oleh Samsung ini berjalan dalam minggu yang sama dengan acara-acara besar lain oleh Google dan Apple.