Samsung dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 pada bulan ini. Kini maklumat terbaru tentang telefon tersebut adalah ia mungkin tidak akan mempunyai ruang kad memori microSD untuk membesarkan storan dalaman.
Sebelum ini, fungsi kad luaran microSD terdapat dalam siri Galaxy S20. Jika maklumat ini benar, Galaxy S21 bakal mengikut trend kebanyakan telefon andalan Android yang tidak memiliki fungsi tersebut kerana microSD biasanya tidak sepantas storan dalaman UFS (universal flash storage).
Di samping itu, khabar lain turut mengatakan bahawa Samsung akan menyertakan pengecas dalam kotak Galaxy S21 untuk sesetengah negara sahaja.
Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Galaxy S21 tidak akan dipasarkan bersama pengecas dan fon telinga di dalam kotaknya, selepas perkara yang sama telah dilakukan oleh iPhone 12 dan Mi 11.