Hari ini Budiey ada menerima emel jemputan dari Samsung Malaysia yang menggesa Budiey save the date minggu depan untuk satu pelancaran. Ya, yang dinantikan sudah pun tiba. Setahun sekali Samsung akan mengeluarkan versi terbaru Samsung Galaxy Note. Siapa nak beli lagi tahun ni?
Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Note 9 pada peringkat global secara rasminya lewat malam esok, iaitu 9 Ogos. Menariknya, kini Samsung Malaysia dilihat akan membawa masuknya dengan pantas untuk pasaran tempatan, dan telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 15 Ogos 2018 ini.
Buat masa ini, penawaran yang bakal dibawakan oleh Galaxy Note 9 masih menjadi tanda tanya. Seperti biasa, ia dijangka menyertakan spesifikasi tinggi, selain dilengkapi input berasaskan S-Pen. Samsung juga dijangka mengumumkan kerjasama khusus bersama Epic Games untuk pelancaran Fortnite bersama-sama peranti berkenaan.
Kita mungkin akan lebih mengetahui penawaran peranti berkenaan lewat malam ini. Jikalau harga tertiris sebelum ini adalah tepat, maka kita mungkin melihat Note 9 ditawarkan pada harga sekitar RM4299 untuk model 128GB.
Apa pun, sama-sama kita nantikan 15 Ogos ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran Galaxy Note 9 di Malaysia.